70 SUKARELAWAN SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN DI VIETNAM
YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini telah menyempurnakan Majlis Flag-Off Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign ke Vietnam di Lobi KPT.
Seramai 70 orang sukarelawan daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai misi ini yang akan bermula Ahad, 10 Julai 2022. Mereka akan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan seperti program pendidikan percuma, pemeriksaan kesihatan percuma, projek pembangunan komuniti seperti menambahbaik prasarana sekolah dan kawasan rekreasi selama sebulan di empat (4) buah kampung di daerah Bin Chanh, Nha Be, Can Gio dan Daerah 12.
Misi sukarelawan ini memfokuskan kepada enam (6) pillar kesukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang merangkumi aspek pemerkasaan komuniti, penambahbaikan pendidikan dan pembangunan kapasiti, ketahanan terhadap impak perubahan iklim dan kelestarian alam sekitar, kesihatan dan kesejahteraan, transformasi digital, dan mobilisasi impak sosial.
KPT sentiasa menyokong setiap usaha dan inisiatif dalam melahirkan pelajar yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, peduli akan masyarakat sekeliling, dan peka terhadap pembangunan modal insan seiring dengan lonjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPMPT 2015-2025 untuk melahirkan graduan holistic, keusahawanan dan seimbang.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Wan Ahmad Hazman Bin Wan Daud, Timbalan Pengerusi ll Yayasan Sukarelawan Siswa, pegawai-pegawai kanan KPT da para sukarelawan siswa.