• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate

    The form is not published.

  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • BOARD OF DIRECTOR
      • NEWS
      • LOGO
      • ANNUAL REPORTS
    • SV INTERVIEW 2024
    • PROJECT
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • OUR IMPACT
    • YSS ALUMNI
    • BLOG
    • CAREER
    • STAFF DIRECTORY
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTORS
    • ORGANISATION CHART
    • NEWS
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT US
News

MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025

October 30, 2025
By admin
1 Comment
21 Views


Seramai 94 orang sukarelawan siswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia digerakkan ke Perak dan Pahang menerusi MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa ke Perak dan Pahang 2025. Misi selama dua minggu ini memberi ruang kepada sukarelawan untuk menyelami kehidupan masyarakat luar bandar sambil melaksanakan projek berimpak tinggi bertunjangkan enam teras utama YSS. 

Sabah dan Sarawak yang sering menjadi tempat para sukarelawan berbakti dan berkhidmat, kini julung-julung kalinya kisah ini beralih ke lokasi-lokasi lain di Semenanjung iaitu di Kampung Chui Chak, Pos Legap, Kampung Jawa Air Kuning, dan Kampung Selarong di Perak: Kampung Tanah Rom dan Kampung Tanjung Gahai di Pahang. Setiap lokasi membawa warna dan cabaran tersendiri, tetapi semuanya disatukan di bawah payung enam teras kesukarelawanan YSS iaitu Perpaduan dan Pemerkasaan Komuniti; Penambahbaikan Pendidikan dan Pembangunan Kapasiti; Ketahanan Terhadap Impak Perubahan Iklim dan Kelestarian Alam; Kesihatan dan Kesejahteraan; Transformasi Digital; serta Mobilisasi Impak Sosial.

Berpandukan susunan teras yang jelas, para sukarelawan telah melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi bermula daripada kesedaran penjagaan kesihatan hingga kelestarian alam sekitar, daripada pendedahan teknologi digital hingga menyubur semangat perpaduan dalam kalangan komuniti terlibat. Setiap langkah kecil mereka membawa erti besar buat ribuan penerima manfaat yang disantuni sepanjang misi.

Bagi memastikan sukarelawan bersedia dari segi mental, emosi dan fizikal, Pre-Departure Training (PDT) selama tiga hari telah diadakan di Universiti Islam Selangor. Latihan ini merangkumi modul prosedur pertolongan cemas, pengurusan kewangan, pengenalan misi, pengenalan Sustainable Development Goals (SDG) & Impact Measurement, pengurusan konflik dan kepimpinan serta beberapa lagi modul yang diperlukan oleh sukarelawan sepanjang berada bersama komuniti. Melalui pendekatan ini, para peserta bukan sahaja memahami objektif misi, malah disiapkan untuk menghadapi cabaran sebenar di lapangan.

Selain projek khidmat komuniti, misi ini turut menekankan aspek pertukaran budaya, perkongsian ilmu serta keprihatinan terhadap alam sekitar. Para sukarelawan berpeluang mendokumentasi elemen ini sambil menghargai nilai kekayaan tradisional yang terdapat di negara kita dengan mempelajari cara hidup dan budaya, mengenali pakaian tradisional, mempelajari dialek tempatan dan menikmati sajian asli komuniti terlibat agar ianya tidak lapuk ditelan zaman. Melalui pengalaman tinggal dan bekerjasama bersama masyarakat setempat di enam lokasi berbeza, mereka memperoleh pengalaman secara langsung mengenai adat dan nilai unik yang membentuk keunikan dan kerencaman masyarakat melalui inisiatif Ini Warisan Kita. Di Kampung Tanjung Gahai, sukarelawan berpeluang merasai sendiri pengalaman hidup bersama masyarakat Orang Asli dan mendalami warisan mereka. Antara aktiviti menarik termasuk menikmati makanan tradisional bubur lior, mendengar alunan gendang ketawak yang menjadi nadi seni muzik komuniti, serta mencuba permainan tradisional Jala Darat. Ia bukan sahaja memperkayakan pengalaman sukarelawan, malah menyemai rasa hormat terhadap kepelbagaian budaya sebagai khazanah negara yang wajar dipelihara.

Teras perpaduan dan pemerkasaan komuniti dilihat menyerlah sepanjang misi dengan peralatan hasil sumbangan pihak Mr. D.I.Y. memudahkan tugasan para sukarelawan siswa. Di Pos Legap, projek Wari Tawa Susur berjaya membaik pulih tiang susur gajah di sekolah demi keselamatan murid. Manakala, Halte Buluh Komuniti iaitu tempat duduk di tempat menunggu bas yang mengalami kerosakkan dibaik pulih supaya murid menunggu bas dalam keadaan lebih selamat dan kondusif. Aktiviti sukan melalui Arena Senyaq pula memupuk semangat kesukanan dan kerjasama antara murid dan juga masyarakat.

Pendidikan dan pembangunan kapasiti pula terus menjadi tumpuan di sekolah pedalaman. Di Pos Legap, modul AGAET Baca yang bermaksud cepat baca membantu murid meningkatkan literasi, manakala program Lajar Layet atau belajar malam memberi bimbingan tambahan yang lebih berfokus. Sukarelawan juga membina “Jep Cip Ilmu”, sebuah sudut bacaan terbuka di laluan utama sekolah, yang menghidupkan budaya membaca. Tambahan pula, sumbangan buku latihan daripada pihak Pelangi Publishing memberi peluang murid daripada keluarga kurang berkemampuan mengikuti pembelajaran dengan lebih baik.

Seawal minggu pertama, aspek kesihatan dan kesejahteraan menjadi fokus utama. Di Kampung Chui Chak, usaha meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat dilaksanakan melalui aktiviti semburan kabus (fogging) bagi mengurangkan risiko denggi, kempen “Pinggan Sihat Malaysia” yang mendidik komuniti tentang pemakanan seimbang, serta ceramah berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Sukarelawan turut mengambil inisiatif melukis mural bertemakan anti buli di setiap sekolah terlibat sebagai mesej kesedaran yang berterusan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan positif.

Di Pos Legap pula, projek kesihatan digerakkan dengan lebih dekat bersama murid sekolah. Program “Jom Cuci Rambut” memperkenalkan amalan penjagaan rambut yang betul untuk mencegah kutu kepala, manakala Hari Kesihatan memberi ruang kepada komuniti menjalani pemeriksaan asas seperti tahap gula, kolesterol dan tekanan darah. Ceramah penjagaan gigi serta pendedahan mengenai pengurusan ubat turut diadakan, sekaligus menanam kesedaran bahawa pencegahan awal adalah kunci kesejahteraan hidup.

Kelestarian alam sekitar tidak ketinggalan dalam agenda misi. Di Kampung Selarong, sukarelawan menjalankan Kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai, projek Trash to Treasure DIY Workshop serta sistem penanaman hidroponik kos rendah. Semua ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada murid tentang amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan kaedah bercucuk tanam moden, malah menanam sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar sejak awal usia.

Inisiatif serupa diteruskan di Kampung Tanjung Gahai dengan pelaksanaan Oilcycle: Jom Kumpul Minyak dan pengurusan sisa makanan menggunakan teknologi Black Soldier Flies (BSF). Kaedah ini mengurangkan pencemaran bau di kawasan dewan makan asrama sambil memperkenalkan kaedah mesra alam dalam pengurusan sisa organik, satu langkah praktikal ke arah komuniti mampan.

Transformasi digital turut menjadi sorotan istimewa apabila Kampung Jawa Air Kuning memperkenalkan projek Virtual Scout Centre. Melalui pameran maya, simpulan tali, ikatan, lencana dan sejarah pengakap sekolah dipamerkan dalam bentuk digital yang boleh diakses pada bila-bila masa. Arkib digital ini bukan sahaja mengekalkan warisan pengakap, tetapi juga memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui teknologi.

Selain itu, di semua sekolah para sukarelawan mengajar Micro:bit dan coding dalam usaha menyemarakan minat para pelajar kepada bidang STEM sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dan bimbingan pihak TinyTechies. Projek-projek digital seperti ini melengkapkan usaha Yayasan Sukarelawan Siswa dalam menyediakan komuniti luar bandar untuk menghadapi arus digitalisasi. Murid, guru dan penduduk setempat kini lebih terdedah kepada peluang pembelajaran interaktif dan pendedahan teknologi maklumat yang sebelum ini mungkin sukar dicapai.

Misi ini turut membuka ruang kepada mobilisasi impak sosial. Di Pos Legap, kisah kejayaan Warung Kak Yaya, seorang peniaga Orang Asli menjadi simbol kebangkitan usahawan kecil di pedalaman. Dengan bantuan sukarelawan, Kak Yaya kini menggunakan pembayaran digital melalui QR Code DIY dan memperluaskan pasaran menerusi aplikasi TikTok. Video promosinya berjaya meraih lebih 10,000 tontonan, sekali gus membuktikan bahawa komuniti pedalaman juga mampu bersaing apabila diberi sokongan dan bimbingan sewajarnya.

Sementara itu, Kampung Chui Chak mengetengahkan projek iChuiChak, sebuah laman sesawang komuniti yang mempromosikan kampung tersebut sebagai destinasi agro-pelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Produk tempatan seperti ladang katak, kebun markisa dan limau kumquat, serta kafe tradisi diketengahkan sebagai tarikan unik, memberi peluang ekonomi baharu kepada penduduk melalui keterlihatan digital.

Setelah selesai pelaksanaan projek selama 10 hari di lapangan, para sukarelawan kembali ke Universiti Islam Selangor untuk sesi Pasca-Misi selama dua hari. Sesi ini memberi ruang refleksi, perkongsian pengalaman, serta penilaian impak program. Melalui sesi ini juga, peserta dibimbing untuk menganalisis keberkesanan projek yang dilaksanakan, selain merumuskan cadangan penambahbaikan untuk misi akan datang.

Sepanjang 14 hari misi berlangsung, 94 sukarelawan yang dihantar telah melibatkan diri dalam ratusan jam sukarelawan, menyentuh kehidupan ribuan individu di Perak dan Pahang. Setiap projek yang dijalankan telah membawa kesan tersendiri daripada aspek pendidikan, kesihatan, pemerkasaan komuniti, hingga ke usaha kelestarian alam sekitar dan digitalisasi.

Misi ini membuktikan bahawa sukarelawan siswa berupaya menjadi ejen perubahan yang menyuntik harapan baharu kepada masyarakat luar bandar. Dengan berpaksikan enam teras utama YSS, pendekatan bersepadu yang dilaksanakan bukan sahaja memperkukuh nilai solidariti, malah memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial yang tinggi dalam kalangan generasi muda.

Akhirnya, MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa ke Perak dan Pahang 2025 berdiri sebagai simbol keberanian, dedikasi dan semangat kesukarelawanan siswa Malaysia. Ia bukan sahaja meninggalkan impak positif kepada komuniti setempat, tetapi juga membina pengalaman bermakna yang akan terus terpahat dalam diri para sukarelawan.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Tags: #YayasanSukarelawanSiswa

Previous Story
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024

Related Articles

Wakil Delegasi YSS Warnai Sambutan Bulan Belia di 4th Youth Fest 2024 Vietnam

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan sukacitanya telah menghantar delegasi belianya...

YSS dan TH Perkasa Akses Pendidikan Berkualiti dengan Program Iqra TH Plus – Tuisyen KAMI YSS

Seramai 484 orang pelajar calon SPM telah menjalani kelas tuisyen...

Leave your comment Cancel Reply

(will not be shared)

Newsletter

Recent Post

  • MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025 Thursday, 30, Oct
  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 Monday, 11, Nov
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024 Tuesday, 29, Oct

Monthly Archive

Meta

  • Site Admin
  • Log out
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Aloft Kuala Lumpur Central Datuk Aaron Ago Dagang ekopelancongan ekosistem Festival Arena Uniti Festival Orkid Putrajaya 2023 Forum Fun Run Gutta Percha Inisiatif Pucuk Hijau Ini Warisan Kita IPTA Iqra TH Plus IVCO Kementerian Perpaduan Negara Kuala Lumpur Call to Action MADANI Magunatip Malaysia Book of Records Misi Sukarelawan Siswa paya bakau Pendidikan Perbadanan Putrajaya Rhizophora Sarawak Semarak Perpaduan Silat SPM Tabung Haji Taman Botani Putrajaya The Malaysia Book of Records Tuisyen Kami UMW Holdings Berhad Vietnam Yayasan Sukarelawan Siswa Youth Fest 2024 YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of National Unity, Malaysia

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of National Unity, Level 5, Block F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
+603 8091 8135/8197
info@sukarelawansiswa.my

News

  • MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025
  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Thursday, 30, Oct
MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025
Monday, 11, Nov
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
Tuesday, 29, Oct
Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Monday, 28, Oct
93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
Monday, 28, Oct
Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan
Wednesday, 16, Oct
YSS dan Technip Energies Giat Perkasa STEM dan Kemampanan Dalam Kalangan Mahasiswa

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTOR
    • NEWS
    • LOGO
    • ANNUAL REPORTS
  • SV INTERVIEW 2024
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • OUR IMPACT
  • YSS ALUMNI
  • BLOG
  • CAREER
  • STAFF DIRECTORY