A NOTED FROM THE CEO
Before The INTERVIEW (Part 1)
Seperti dijanjikan aku akan kongsi pengalaman dari mula sebelum dilantik menjadi CEO YSS. Kenapa perlu cerita?
1) Simpanan memori untuk diri sendiri dan dibukukan
2) Berkongsi cerita dan pengalaman
Baik, sekitar middle Mac 2019, saat itu aku di Pejabat MyCARE sangat sibuk mencari dana untuk Kempen Penajaan Hafiz di Gaza dan Persediaan Kempen MyRamadan. Lumrah NGO kita multitasking dan buat 10 kerja dalam 1 masa.
Di celah kesibukan seorang sahabat kongsi mesej dalam WA Group share iklan Jawatan ‘Kosong Ketua Pegawai Eksekutif YSS’
“Man, ko apply lah. Pengalaman 5-6 tahun ni sesuai dengan ko.”
Terus aku balas, “Aku tak layak. Kita kerja kuli je. hehe”
Timbul semula dalam Telegram Family dan Abah betul-betul minta aku apply. So aku jawab ringkas nanti apply, inshaallah.
Hinggalah saat hari terakhir 28/3/2019 hari terakhir untuk submit, masih ingat ketika hari tersebut ada 4-5 urusan sehari dan memang tak sempat duduk depan PC.
Abah tanya dah apply ke belum? Terus teringat dan edit resume dan hantar terus dan rasanya aku lah yang terakhir hantar resume sebelum jam 5 petang.
Fast Forward, Terima email bahawa anda telah disenaraipendek dan sila hadir IV pada 13 April (Sabtu) dan ketika itu dalam hati cakap alhamdulillah sebab memang dah ada jadual selama 4 hari di Bintulu, siri ceramah Palestin so tak perlu pergi IV. Haha.
Lepas itu dapat semula call yang IV ditunda ke 19 April kerana ramai calon tidak dapat hadir pada hari sabtu maka tiada alasan untuk tak pergi IV. Haha.
Aku hanya bersiap sedia untuk IV sehari sebelum dan prepare ayat-ayat untuk jawab soalan-soalan dan siap hafal berulang kali.
Adakah berguna hafalan itu? Tunggu Part II.
Bersambung Part II – The INTERVIEW