BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
Pada 5 November 2020, beberapa kawasan di Hulu Langat telah dilanda banjir kilat.
“Air naik begitu cepat, tidak sempat selamatkan barang-barang dan alihkan kenderaan, pada ketika itu, hanya fikir untuk selamatkan diri dan keluarga”, sedikit perkongsian daripada keluarga yang terjejas kerana banjir.
Melihat kepada keperluan tersebut, Yayasan Sukarelawan Siswa telah melaksanakan misi bantuan banjir melalui YSS Do-Nation Project pada 11 November 2020. Seramai 50 buah keluarga telah menerima manfaat melalui sumbangan yang telah disalurkan.
Antara barangan sumbangan yang disediakan ialah selimut tebal (toto), beras, gula, telur, minuman malt coklat,tepung gandum, dan minyak masak.
Kita sedia maklum, dalam situasi pandemik yang melanda seluruh dunia, berlakunya banjir ini sudah pasti memberi kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa.