Bengkel Pembangunan Terma Rujukan Duta Perpaduan dan Ejen Perpaduan
Kuala Lumpur – Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Terma Rujukan Duta dan Ejen Perpaduan pada 27 Disember hingga 29 Disember 2023 yang lalu bertempat di Amari Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS, Pegawai Kanan Kementerian Perpaduan Negara, Pegawai Universiti, warga kerja YSS dan juga alumni YSS. Perasmian bengkel tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Bin Yusof dan pembentangan bengkel dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha, En Mohamad Sobri Bin Mat Daud.