Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara
Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman pada 31 Januari 2023 telah melakukan satu kunjungan hormat ke atas Menteri Perpaduan Negara, YB Aaron Ago Dagang di pejabatnya, Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir ialah Dr. Wan Ahmad Hazman Wan Daud, Timbalan Pengerusi YSS, Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS dan Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Setiausaha dan Penasihat Undang-undang YSS.
YSS secara rasmi telah menjadi salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara berkuatkuasa pada 21 Januari 2023. Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk memperkenalkan YSS secara rasmi kepada YB Aaron Ago Dagang selaku Menteri Perpaduan Negara sebagai titik permulaan kerjasama erat antara YSS dan KPN dalam merealisasikan agenda perpaduan nasional melalui kesukarelawanan.
YSS mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan YB Menteri kepada YSS untuk terus menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI