• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate

    The form is not published.

  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • BOARD OF DIRECTOR
      • NEWS
      • LOGO
      • ANNUAL REPORTS
    • SV INTERVIEW 2024
    • PROJECT
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • OUR IMPACT
    • YSS ALUMNI
    • BLOG
    • CAREER
    • STAFF DIRECTORY
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTORS
    • ORGANISATION CHART
    • NEWS
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT US
News

Lebih 900 Pelajar IPT Memeriahkan Festival Arena Uniti

December 27, 2023
By admin
0 Comment
43 Views

Festival Arena Uniti anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang didukung sepenuhnya oleh Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan di enam zon berbeza di seluruh Malaysia bermula 4 Disember hingga 21 Disember 2023 bertujuan mencipta pengalaman yang bermakna dalam memperkukuhkan nilai perpaduan khususnya dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia serta menyantuni kemaslahatan segenap lapisan masyarakat melalui aktiviti sukan. Lebih 900 orang pelajar IPT telah menyertai acara-acara sukan yang dipertandingkan dalam Festival Arena Uniti tahun ini antaranya dari Zon Utara, Zon Pantai Timur, Zon Tengah, Zon Selatan serta Zon Sabah dan Sarawak.

Beberapa jenis aktiviti sukan turut dipertandingkan sepanjang berlangsungnya Festival Arena Uniti tersebut seperti sukan futsal, bola jaring, bola tampar dan bola keranjang yang bertempat di beberapa lokasi pilihan merangkumi kesemua zon yang terlibat antaranya Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang dan Youngsters Basketball Penang bagi Zon Utara, manakala Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan dan Pusat Sukan PlayGround No. 6 di Zon Timur.

Di Zon Sabah, Kompleks Sukan Likas dan Arena Sukan Borneo telah dpilih sebagai lokasi pertandingan, manakala Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula menjadi tuan rumah bagi pertandingan yang dijalankan mewakili Zon Sarawak. Selain itu, Pusat Rekreasi dan Sukan Tebrau turut menjadi tumpuan para peserta pertandingan dari seluruh Zon Selatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula dipilih sebagai tuan rumah bagi peringkat akhir pertandingan yang dianjurkan di Zon Tengah.

Bagi memvariasikan lagi kemeriahan aktiviti sukan dan penyertaan daripada orang awam, Festival Arena Uniti pada kali ini juga diselingi dengan aktiviti ‘Fun Run’ sejauh lima kilometer yang dianjurkan di 37 lokasi di seluruh Malaysia yang telah menyaksikan penyertaan lebih daripada 95,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Antara lokasi yang menjadi tumpuan para peserta dari seluruh negara bagi acara larian tersebut ialah Persiaran Flora, Cyberjaya; Pavillion, Bukit Jalil; Triangle Farm Cottage House, Sekinchan;  Taman Botanikal Melaka; Tanjung Aru Perdana; Design Village, Pulau Pinang; Toppen Shopping Centre, Johor Bahru dan Pusat Komersial TASEK, KotaSAS Kuantan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi peringkat akhir sukan IPT yang dianjurkan di UKM pada 21 Disember 2023 disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohamad Sobri Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara yang ditemani oleh YBrs. Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook
Tags: #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Festival Arena Uniti Fun Run IPTA Kementerian Perpaduan Negara

Previous Story
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023
Next Story
Sukarelawan Siswa YSS Santuni Pengunjung Pameran Orkid Putrajaya 2023

Related Articles

Wakil Delegasi YSS Warnai Sambutan Bulan Belia di 4th Youth Fest 2024 Vietnam

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan sukacitanya telah menghantar delegasi belianya...

YSS dan TH Perkasa Akses Pendidikan Berkualiti dengan Program Iqra TH Plus – Tuisyen KAMI YSS

Seramai 484 orang pelajar calon SPM telah menjalani kelas tuisyen...

Newsletter

Recent Post

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 Monday, 11, Nov
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024 Tuesday, 29, Oct
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI Monday, 28, Oct

Monthly Archive

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Aloft Kuala Lumpur Central Datuk Aaron Ago Dagang ekopelancongan ekosistem Festival Arena Uniti Festival Orkid Putrajaya 2023 Forum Fun Run Gutta Percha Inisiatif Pucuk Hijau Ini Warisan Kita IPTA Iqra TH Plus IVCO Kementerian Perpaduan Negara Kuala Lumpur Call to Action MADANI Magunatip Malaysia Book of Records Misi Sukarelawan Siswa paya bakau Pendidikan Perbadanan Putrajaya Rhizophora Sarawak Semarak Perpaduan Silat SPM Tabung Haji Taman Botani Putrajaya The Malaysia Book of Records Tuisyen Kami UMW Holdings Berhad Vietnam Yayasan Sukarelawan Siswa Youth Fest 2024 YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of National Unity, Malaysia

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of National Unity, Level 5, Block F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
+603 8091 8135/8197
info@sukarelawansiswa.my

News

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
  • Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Monday, 11, Nov
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
Tuesday, 29, Oct
Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Monday, 28, Oct
93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
Monday, 28, Oct
Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan
Wednesday, 16, Oct
YSS dan Technip Energies Giat Perkasa STEM dan Kemampanan Dalam Kalangan Mahasiswa
Thursday, 19, Sep
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTOR
    • NEWS
    • LOGO
    • ANNUAL REPORTS
  • SV INTERVIEW 2024
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • OUR IMPACT
  • YSS ALUMNI
  • BLOG
  • CAREER
  • STAFF DIRECTORY