Majlis Penyerahan Bantuan Alat Peranti
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah melaksanakan Majlis Penyerahan Bantuan Alat Peranti dan Bantuan Bakul Makanan untuk 50 orang pelajar dan 50 keluarga di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada 8 April 2022.
50 orang pelajar tersebut adalah terdiri dari pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi yang datang dari keluarga golongan B40 di sekitar Alor Setar, Padang Terap dan Kuala Kedah.
Walaupun sesi persekolahan telah diadakan secara fizikal, namun perkembangan teknologi semasa penularan COVID-19 telah menambaik sistem pendidikan untuk meneruskan inisiatif pembelajaran atas talian untuk semua pelajar. Oleh itu, YSS berharap sumbangan sebanyak 50 biji tablet tersebut dapat membantu keluarga yang kurang berkemampuan dan memberikan pendidikan secukupnya untuk semua.
Keluarga yang hadir juga turut menerima sumbangan keperluan asas bekalan makanan dan semoga bantuan tersebut dapat memeriahkan lagi sambutan sepanjang bulan Ramadan.
Turut hadir YBrs. Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan YBrs. Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS dan YBrs. Encik Mohd Ariff Ithnin, Pengaraj Operasi Yayasan Peneraju.