• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate
  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • WHO WE ARE
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • LOGO
    • YSS ALUMNI
    • NEWS
    • STAFF DIRECTORY
    • ANNUAL REPORTS
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • Who We Are
    • Organisation Chart
    • 10 Years Anniversary
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • IVCO
  • PROJECTS
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT
    • STAFF DIRECTORY
    • DONATION
  • DONATE NOW

    TABUNG PRIHATIN SISWA

    RM

    Thank you for the donation

    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM10.00

Education

PKP: Benarkan pelajar IPT pulang secara berfasa

April 22, 2020
By admin
0 Comment
259 Views

KUALA LUMPUR: Penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wajar dilakukan secara berfasa bagi membendung penularan COVID-19.

Perkara itu dicadangkan Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Lee Lam Thye, jika kerajaan membenarkan pelajar yang terkandas di kampus, pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, jika pelajar dibenarkan pulang pada skala yang besar pada satu masa, ia mengundang kebimbangan penularan virus terbabit.

“Saya menyambut baik kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang merangka SOP (prosedur operasi standard) yang mesti dipatuhi semua pelajar IPT (untuk pulang ke kampung halaman masing-masing).

“Saya merasakan perkara ini amat mendesak dan saya faham perasaan pelajar yang tidak dapat pulang. Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi, saya khuatir pelajar ini akan berdepan tekanan, keresahan dan kebimbangan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Lam Thye berkata, setiap pelajar yang dibenarkan pulang perlu menjalani saringan kesihatan termasuk pemeriksaan suhu badan dan pengesanan gejala.

Katanya, pelajar terbabit juga harus menjaga disiplin diri dengan mengamalkan penjarakan sosial, duduk di rumah dan tidak mengingkari PKP.

“Kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk semua pelajar dan saya berharap supaya mereka bersabar serta mematuhi SOP ditetapkan MKN,” katanya.

Ismail Sabri pada sidang media hariannya di Putrajaya semalam, memaklumkan MKN sedang merangka SOP mesti dipatuhi semua pelajar IPT ketika kembali ke pangkuan keluarga, apabila dibenarkan berbuat demikian.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedia mempertimbangkan kepulangan kira-kira 100,000 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing selepas memperhalusi SOP yang perlu dipatuhi.

Jelasnya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan (KKM) dalam perbincangan dengan MKN bagi menyediakan SOP berkenaan.


Previous Story
COVID-19: 1,204 pelajar IPT terima bantuan YSS
Next Story
PKP: YSS agih ‘pek bujang’ kepada mahasiswa

Related Articles

Penghantaran perlu ikut fasa: Lam Thye

Kuala Lumpur: Penghantaran pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), jika...

PKP: YSS agih 'pek bujang' kepada mahasiswa

KUALA LUMPUR: Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) memberi sumbangan ‘pek bujang’...

Newsletter

Recent Post

  • Sincerely Setia, Volunteer Weekend Friday, 24, Mar
  • Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara Tuesday, 31, Jan
  • Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu Monday, 30, Jan

Monthly Archive

Meta

  • Site Admin
  • Log out
  • Comments feed

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of Higher Education (MOHE).

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of Higher Education, Tower 2, No.2, Level 5, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
+603 8870 6876/6123/6869
info@sukarelawansiswa.my

News

  • Sincerely Setia, Volunteer Weekend
  • Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara
  • Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu
  • Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Friday, 24, Mar
Sincerely Setia, Volunteer Weekend
Tuesday, 31, Jan
Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara
Monday, 30, Jan
Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu
Thursday, 19, Jan
Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara
Wednesday, 9, Nov
300 PELAJAR CALON SPM SMK BADIN DAPAT MANFAAT BENGKEL SKOR A SPM & NDP YSS
Wednesday, 2, Nov
11 BUAH SEKOLAH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA BENGKEL SKOR A SPM DAN PROGRAM PEMUPUKAN & PEMBANGUNAN PELAJAR

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • WHO WE ARE
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • LOGO
  • YSS ALUMNI
  • NEWS
  • STAFF DIRECTORY
  • ANNUAL REPORTS