PROGRAM 365 KITA BERSAMA: MYGAWAI 2023
KUCHING – Seramai 300 keluarga daripada 28 kampung sekitar Kuching, Kota Samarahan dan Serian menerima sumbangan barangaan keperluan asas menerus pelaksanaan Program 365 Kita Bersama: MYGAWAI 2023 yang berlangsung pada 10 Jun 2023 di Masjid Darul Hana.
Program ini merupakan anjuran Sarawak Volunteer (SV) dan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bersempena dengan Sambutan Hari Gawai 2023 dalam meringankan beban mereka dengan kenaikan harga barangan yang memberikan kesan kepada perbelanjaan isi rumah.
Penerima manfaat bagi program ini terdiri daripada keluarga kategori miskin tegar, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, golongan B40, dan ibu tunggal.
Setiap keluarga menerima sumbangan makanan asas seperti beras, gula, tepung gandum, minyak masak, mee segera, mee bihun, sardine, teh, susu, kopi, biskut Osborne dan garam.
Turut hadir ketua-ketua kampung dan Tuai-tuai rumah bagi mewakili penerima manfaat untuk mengambil barangan sumbangan di tempat agihan.