Program Digital Learning dan Dakwah
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menganjurkan Program Digital Learning dan Dakwah yang melibatkan pelajar seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 dari Program Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri.
Program ini merupakan inisiatif bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah projek induk iaitu Projek Pemerkasaan Komuniti: Kesepaduan Ummah yang memfokuskan pembangunan modal insan dan kehidupan golongan Asnaf.
Melalui program tersebut, pelajar terpilih telah berpeluang menyertai kelas tuisyen percuma yang memberi perhatian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Matematik dan ilmu fardhu ain. Kelas tuisyen berkenaan telah bermula sejak 20 Nov 2021 dan disasarkan sehingga Mac 2022.
YSS dan MAIWP juga telah menyediakan kemudahan tablet, wireless earphone dan stand casing kepada peserta program sebagai langkah prihatin dalam membantu pelajar golongan asnaf untuk mendapat pendidikan percuma dan tidak ketinggalan dalam pelajaran terutamanya dimana sistem pendidikan pada ketika ini telah beralih secara digital. Peserta juga disediakan data internet percuma sepanjang kelas tuisyen berlangsung.
Turut hadir dalam sesi penyerahan tablet,
1. YBhg. Dato’ Zariah Binti Ali, Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri
2. Puan Hazimah, Pengurus Pusat Internet Komuniti, PPR Intan Baiduri.
3. Encik Muhammad Asyraf Sabri, Wakil YSS
4. Cik Siti Nur Zakiah Abdullah, Wakil YSS
5. Cik Khairunnisa Ismail, Wakil YSS