MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN KE SABAH 2018

Seramai 115 sukarelawan siswa telah terpilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sabah bermula 16 November hingga 5 Disember 2018.

Yayasan Sukarelawan Siswa telah memilih 6 lokasi strategik. Antaranya,

  • Kampung Kabogan
  • Kampung Pegagau
  • Kampung Tonggulangan
  • Kampung Kubang Pinang
  • SK Bugaya 1
  • SK Pekan Semporna 2

Selama dua minggu berada di lokasi Misi, Sukarelawan Siswa YSS telah berjaya melaksanaakan 176 projek yang meliputi aspek;

  • Pendidikan
  • Pembangunan Komuniti
  • Kesihatan dan Perubatan
  • Agribio dan Alam Sekitar
  • Teknologi Maklumat dan Keusahawanan
  • Pengurusan Krisis dan Bencana

Dalam melaksanakan projek tersebut, YSS telah mendapat sokongan penuh dari pelbagai agensi tempatan dalam menaiktaraf kawasan di sekitar lokasi Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2018.