MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN KE SARAWAK 2018

Seramai 200 sukarelawan siswa telah menjalankan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak pada 4 hingga 21 Julai 2018. Sukarelawan Siswa tersebut terdiri daripada 120 siswa dari Negara ASEAN termasuk China dan 80 siswa Malaysia.

Misi tersebut telah membawa manfaat kepada masyarakat di daerah Kapit, Betong dan Sebauh.

Sebanyak 201 projek telah berjaya dilaksanakan dari aspek pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan dan perubatan, agribio dan alam sekitar, teknologi maklumat dan keusahawanan sosial serta pengurusan krisis dan bencana.