PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM & MEWARNA BULAN KEBANGSAAN 2022

9 September 2022 | Putrajaya

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Pertandingan Pakaian Beragam & Mewarna Bulan Kebangsaan 2022 pada 9 September 2022 di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Pertandingan ini telah disertai oleh 46 kanak-kanak daripada Taska Bakti Penyayang KPT dan menerima kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan majlis bagi memberi sokongan moral kepada anak-anak menunjukan kreativiti dan gelagat si cilik yang comel.

Dalam majlis bertemakan semangat patriotik, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian medley Lagu Negaraku, Tanggal 31 Ogos, Jalur Gemilang dan Lagu Anak Malaysia daripada anak-anak Taska Bakti Penyayang KPT.

Tahniah diucapkan kepada adik Ayra Afeeya Anuar (6 tahun) yang memenangi tempat pertama pertandingan mewarna yang diikuti oleh adik Haris Izzudin Shah Mohd Azraf (4 tahun) di tempat ke-2 dan adik Nur Azkayra Salsabila Muhammad Syahmi (4 tahun) di tempat ke-3.

Manakala bagi pertandingan pakaian beragam, adik Muhammad Aariz Zayyan Muhammad Azimi (4 tahun) telah dinobatkan sebagai johan, dengan Muaz Muayyad Ahmad Muizz (3 tahun) di tempat ke-2 dan adik Aysar Iskandar Bin Abdul Rahim (4 tahun) di tempat ke-3.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ahmad Farham Abdullah, Pengurus Besar, Bahagian Perundangan PTPTN, Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS dan Rahimah Ithnin, Pengurus Taska Bakti Penyayang KPT.