Program Back To School di Sekitar Dengkil, Selangor
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama AEON Credit Service telah berjaya menganjurkan Program Back to School di sekitar Dengkil Selangor pada 31 March 2022.
Program ini melibatkan 5 buah sekolah. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Dengkil, SJK (C) Dengkil, SJK (T) Dengkil, SJK (T) Taman Permata dan SK Tadom. Seramai 524 pelajar sekolah rendah telah menerima manfaat daripada program tersebut.
Antara barang yang disumbangkan adalah pakaian sekolah, beg sekolah, kasut sekolah, stoking, dan alat tulis. Barangan sumbangan tersebut bernilai RM200 setiap seorang.
Pada Dis 2021, banjir luar biasa telah berlaku di banyak kawasan di sekitar Selangor termasuklah di sekitar Dengkil. Kejadian tersebut telah memberikan kesan kepada banyak keluarga terutamanya golongan B40. Banjir itu juga telah merosakan banyak peralatan rumah termasuk keperluan sekolah anak-anak. Prihatin dengan keadaan tersebut, YSS dan AEON Credit Service telah merancang untuk mengadakan program ini dan berharap dapat meringankan beban ibu bapa pelajar.