PROGRAM PENANAMAN POKOK GUTTA PERCHA TERBANYAK THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) merakamkan penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records bagi Program Penanaman Pokok Gutta Percha Terbanyak yang dilaksanakan dalam 24 jam bersempena dengan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei 2022.

YSS bersama-sama dengan Yayasan TM dan 18 rakan strategik lain telah berjaya menanam 5,017 pokok Gutta Percha dengan penglibatan seramai 1,000 sukarelawan yang diadakan secara serentak di 23 lokasi. Projek ini merupakan inspirasi daripada kempen Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam memelihara kepelbagaian biologi negara dan seterusnya bagi meningkatkan kesedaran tentang pokok warisan negara, “Pokok Nyatoh Taban Merah”.

Pokok Gutta Percha telah memainkan peranan penting kepada permulaan rangkaian telegraf dasar laut global, di mana pada tahun 1851, getah daripada pokok ini mula digunakan sebagai bahan penebat dan seterusnya membawa kepada penciptaan kabel dasar laut pertama di dunia.

Kita berharap program ini dapat menyumbang kearah kesedaran awam mengenai sumbangan pokok khazanah negara dalam dunia telekomunikasi dunia serta memeliharan dan memulihara pokok Gutta Percha.

YSS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan TM atas peluang kerjasama dan kepada semua sukarelawan yang telah berganding bahu melakar rekod baru dalam projek penanaman ini serta semua pihak yang terlibat.

Selamat menyambut Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2022.

Student Volunteers Foundation/ Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) would like to express our appreciation and gratitude for the recognition from The Malaysia Book of Records for The Largest Amount of Gutta Percha Tree-Planting Program in 24 hours in conjunction with World Telecommunication and Information Society Day on 17 May 2022.

YSS with Yayasan TM and 18 strategic partners have successfully planted 5,017 Gutta Percha trees with the involvement of 1,000 volunteers at 23 different locations. This project is inspired by the “Malaysian Greening: Our Tree, Our Live” under the Ministry of Energy and Natural Resources Malaysia in preserving the country’s biological diversity and to raise awareness of the national heritage tree, “Pokok Nyatoh Taban Merah”.

Gutta Percha tree was instrumental in the early beginnings of the global submarine telegraph network. In 1851, the latex from the Gutta Percha tree was discovered to be the best insulating material and led to the invention of the first submarine cable in the world.

We hope that this program can contribute towards public awareness on the contribution of the national treasure tree in the world telecommunications as well as preserving and conserving the Gutta Percha tree.

YSS would like to thank Yayasan TM for the opportunity to cooperate and to all volunteers to create this new record.

Happy World Telecommunications and Information Society Day 2022.