PROJEK MENAIKTARAF BUMBUNG KANTIN SK TANGJUNG NIPIS

Sukarelawan Siswa yang ditempatkan di Kampung Tanjung Nipis semasa Misi Sukarelawan Siswa YSS ke Sabah bermula 28 Ogos 2022 hingga 14 September 2022 telah mengambil inisiatif untuk membantu membaiki bumbung kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Nipis.

Berdasarkan tinjauan sukarelawan siswa, keadaan bumbung kantin kelihatan usang dan telah lama tidak diganti. Bumbung kelihatan berkarat dan apabila hujan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan meja-meja yang disediakan basah.

Untuk menjamin keselesaan dan keselamatan 138 murid-murid, sukarelawan bersama penduduk kampung mengambil inisiatif untuk menaiktaraf bumbung kantin sekolah. Kini murid-murid dan warga SK Tanjung Nipis tidak risau untuk berteduh di kawasan kantin sekolah sambil menikmati makanan dan minuman semasa waktu rehat sekiranya hujan.