Carta Alir Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa
Soalan Lazim (FAQ)
Adakah Borang Pengesahan boleh didapati secara atas talian (online)?
Tidak. Borang Pengesahan hanya boleh didapati melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing.
Saya pelajar IPT di Semenanjung tetapi saya berada di Sarawak/Sabah, boleh kah saya hadir sesi temuduga di Zon Sarawak/Sabah?
Boleh dengan syarat sila bawa bersama Borang Pengesahan yang telah diluluskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing.
Saya pelajar Sarjana/Masters di IPT, boleh kah saya menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS?
Misi Sukarelawan Siswa YSS hanya dibuka kepada pelajar Sarjana Muda (Ijazah)/ Diploma/Sijil sahaja.
Adakah YSS ada menetapkan masa mengikut IPT untuk sesi pemilihan sukarelawan siswa ini?
Sukarelawan Siswa boleh hadir pada bila-bila masa pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun, sukarelawan siswa disarankan untuk hadir lebih awal untuk melancarkan proses pemilihan.
Dimanakah Misi Sukarelawan Siswa YSS pada tahun ini diadakan?
YSS akan mengadakan Misi Sukarelawan Siswa dalam negara (Sarawak, Sabah, Kelantan, Kedah) dan Antarabangsa (Laos & Vietnam).
Adakah saya perlu membawa sijil atau menyediakan salinan sijil kepada YSS ketika sesi pemilihan sukarelawan siswa diadakan?
Sukarelawan siswa digalakkan untuk membawa sijil sebagai sokongan dan tidak perlu menyediakan salinan sijil untuk diberikan kepada YSS.
Adakah saya perlu menyediakan resume untuk sesi pemilihan sukarelawan siswa ini?
Sukarelawan Siswa digalakkan untuk menyediakan resume/CV untuk sesi pemilihan sukarelawan siswa ini.
Saya merupakan pelajar kategori Orang Kurang Upaya, adakah saya boleh menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS?
Boleh. Misi Sukarelawan Siswa menerima semua pelajar yang mempunyai semangat kesukarelawanan dan jati diri yang tinggi.
Adakah makanan disediakan kepada pelajar yang hadir ke sesi temuduga?
YSS TIDAK menyediakan makanan kepada pelajar yang hadir ke sesi pemilihan ini.
Boleh kongsikan pemakaian untuk sesi pemilihan sukarelawan siswa ini?
Sukarelawan Siswa digalakkan untuk menggunakan pakaian formal/ baju korporat.
Adakah YSS akan menyediakan borang pelepasan kuliah pada tarikh sesi pemilihan sukarelawan siswa ini?
YSS tidak menyediakan Borang Pelepas Kuliah. Pelajar diminta untuk berbincang dengan pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing.
Sekiranya saya gagal sesi temuduga di peringkat IPT, adakah saya boleh terus hadir ke Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa anjuran YSS?
Pelajar yang hadir tanpa Borang Pengesahan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing tidak akan diterima.
Dimanakah saya boleh mendapatkan info-info berkenaan dengan Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa ini?
Pelajar boleh melawat ke laman rasmi YSS www.sukarelawansiswa.my atau follow media sosial YSS di @SukarelawanYSS.