• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate

    The form is not published.

  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • BOARD OF DIRECTOR
      • NEWS
      • LOGO
      • ANNUAL REPORTS
    • SV INTERVIEW 2024
    • PROJECT
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • OUR IMPACT
    • YSS ALUMNI
    • BLOG
    • CAREER
    • STAFF DIRECTORY
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTORS
    • ORGANISATION CHART
    • NEWS
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT US
News

YSS Menaiktaraf Kelestarian Koperasi Eko-Pelancongan di Kilim

February 26, 2024
By admin
0 Comment
129 Views

Program Pembangunan Koperasi Melalui Pembangunan Modal Insan (Mentoring and Coaching) adalah pendekatan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) untuk meningkatkan keberkesanan dan kelestarian operasi koperasi yang terpilih melalui agensi pelaksananya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Dengan kerjasama Koperasi Komuniti Kampung Kilim (CoopKilim) dan SKM, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menganjurkan program tersebut bermula 22 Februari hingga 25 Februari 2024 di Kilim, Kedah.

Seramai 15 orang peserta daripada lima koperasi yang terlibat telah dibekalkan dengan tiga modul utama untuk memperkukuh pemahaman perihal pengurusan dan pentadbiran koperasi serta memperkaya kemahiran kepimpinan anggota koperasi. Antara koperasi yang terlibat ialah Koperasi Eko-Pelancongan Gua Sireh Baling Berhad, Koperasi Peserta-Peserta Rancangan Felcra Lubuk Sireh Perlis Berhad, Koperasi Perkampungan Warna-Warni Kampung Tengah Berhad, Koperasi Komuniti Kepulauan tuba dan Selat Berhad serta Koperasi Komuniti Kampung Kilim Berhad.

Ketiga-tiga modul yang disampaikan kepada para peserta meliputi pembangunan Pakej Geo dan Eko-Pelancongan, Pemasaran Dalaman serta Alat Penciptaan Kandungan. Para peserta turut berpeluang untuk mendalami pembelajaran mereka melalui sesi penyampaian interaktif oleh tutor berpengalaman serta menjalani latihan secara amali sepanjang program tersebut.

Antara penekanan yang diberikan untuk memperkasa kelestarian operasi dan keusahawanan komuniti adalah dari segi penciptaan kandungan (Content Creation) yang dikelola oleh Shukry Yusof daripada School of VDO. Para peserta didedahkan dengan kepentingan integrasi digital dalam pengurusan operasi dan pemasaran seiring dengan keperluan keperluan industri global melalui teknik penggunaan peralatan perakaman digital, aturcara kamera, proses penerbitan digital serta suntingan video dan grafik.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Previous Story
YSS dan TH Perkasa Akses Pendidikan Berkualiti dengan Program Iqra TH Plus – Tuisyen KAMI YSS
Next Story
Yayasan Sukarelawan Siswa Sambut Ulang Tahun Ke-12

Related Articles

MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025

Seramai 94 orang sukarelawan siswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi...

Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024

Pada 25 Oktober hingga 9 November 2024 yang lalu, Yayasan...

Newsletter

Recent Post

  • MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025 Thursday, 30, Oct
  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 Monday, 11, Nov
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024 Tuesday, 29, Oct

Monthly Archive

Meta

  • Site Admin
  • Log out
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Aloft Kuala Lumpur Central Datuk Aaron Ago Dagang ekopelancongan ekosistem Festival Arena Uniti Festival Orkid Putrajaya 2023 Forum Fun Run Gutta Percha Inisiatif Pucuk Hijau Ini Warisan Kita IPTA Iqra TH Plus IVCO Kementerian Perpaduan Negara Kuala Lumpur Call to Action MADANI Magunatip Malaysia Book of Records Misi Sukarelawan Siswa paya bakau Pendidikan Perbadanan Putrajaya Rhizophora Sarawak Semarak Perpaduan Silat SPM Tabung Haji Taman Botani Putrajaya The Malaysia Book of Records Tuisyen Kami UMW Holdings Berhad Vietnam Yayasan Sukarelawan Siswa Youth Fest 2024 YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of National Unity, Malaysia

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of National Unity, Level 5, Block F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
+603 8091 8135/8197
info@sukarelawansiswa.my

News

  • MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025
  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Thursday, 30, Oct
MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawanan Siswa Ke Perak dan Pahang 2025
Monday, 11, Nov
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
Tuesday, 29, Oct
Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Monday, 28, Oct
93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
Monday, 28, Oct
Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan
Wednesday, 16, Oct
YSS dan Technip Energies Giat Perkasa STEM dan Kemampanan Dalam Kalangan Mahasiswa

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTOR
    • NEWS
    • LOGO
    • ANNUAL REPORTS
  • SV INTERVIEW 2024
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • OUR IMPACT
  • YSS ALUMNI
  • BLOG
  • CAREER
  • STAFF DIRECTORY