PENCAPAIAN YSS 2020

Stronger Together Teguh Bersama

 

2020 telah melabuhkan tirainya dan kehadiran 2021 adalah sinar baru buat Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mengorak langkah lebih tinggi dalam membawa Sukarelawan Siswa ke peringkat lebih tinggi dalam berbakti kepada masyarakat sama ada didalam negara atau luar negara.

 

Melalui Pengurusan YSS bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah/Pengarah yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Lee Lam Thye serta #YSSDreamTeam, berikut merupakan 8 pencapaian utama YSS pada 2020:

 

1) Imbasan 2020

 

Seramai 12,000 orang telah menerima manfaat melalui inisiatif YSS sepanjang 2020

 

2) YSS Going Global

 

Penglibatan YSS diperingkat global melalui penyertaan dan pembentangan secara atas talian seperti International Forum for Volunteering in Development (Forum) dan Beijing Sister City International Youth Online Cooperation – “Youth Global Governance” International Youth Organization Forum.

 

3) Kerjasama Korporat & Agensi Kerajaan

 

Dana RM 2,379,448 juta telah diterima hasil dari 26 Kerjasama Korporat dan Agensi Kerajaan dalam bentuk sumbangan dana dan barangan kepada YSS melalui pelbagai inisiatif bantuan dan projek khas.

 

4) Do-Nation Project

 

7 inisiatif telah dilaksanakan dengan sumbangan RM200,000 dan 10,000 orang penerima manfaat.

 

5) Misi Banjir

 

Melibatkan 10 buah lokasi dan membawa manfaat kepada 2,000 orang dengan jumlah sumbangan sebanyak RM200,000.

 

6) Projek Khas

 

3 Projek Khas dilaksanakan pada 2020 memberi fokus kepada golongan B40, anak yatim dan asnaf dengan sokongan padu daripada Yayasan Peneraju dan SME Bank.

 

7) 2 Platform Digital YSS

 

Platform E-Training dan E-Volunteering telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 4 Disember 2020.

 

8) Volunteer Leadership Development Programme (VLDP)

Penglibatan seramai 400 peserta dari 8 Negara ASEAN melalui sesi perkongsian atas talian bertemakan “Progress to 2030: of Digitalisation and COVID-19”

 

Dengan pencapaian pada 2020 ini, kita akan terus berusaha dalam melahirkan mahasiswa yang holistik melalui pelbagai program dan inisiatif.

 

Di kesempatan ini, Warga YSS ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan tertinggi KPT dan JPT, Pengurusan tertinggi IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti, rakan korporat dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam program dan inisiatif YSS sepanjang 2020.

 

Ikhlas,

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)

Kementerian Pengajian Tinggi