PERMOHONAN PENGGUNAAN LOGO RASMI YSS

1.0       KELULUSAN PENGGUNAAN LOGO

1.1       Penggunaan logo diberikan kepada program yang tidak menyentuh sensitiviti dan keharmonian masyarakat dari segi agama, kaum, budaya serta tidak bertentangan dengan peranan dan tanggungjawab Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).

 

2.0       SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN LOGO RASMI YSS

2.1       Logo rasmi YSS dan Logo 10 Tahun YSS TIDAK DIBENARKAN untuk digunakan bagi tujuan komersial, kutipan sumbangan dan dana termasuk sebarang aktiviti yang bermotifkan keuntungan kepada pihak pemohon tanpa kelulusan organisasi.

 

2.2       Kebenaran penggunaan logo rasmi YSS yang diberikan adalah bagi tempoh terhad yang dinyatakan secara bertulis atau terhad bagi program yang dipohon sahaja.

 

2.3       Penganjur wajib bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan sebarang masalah atau kesulitan tidak berbangkit dalam penganjuran program mendapat kelulusan menggunakan logo rasmi YSS agar tidak menjejaskan imej organisasi dan negara.

2.4       YSS berhak menarik balik atau membatalkan kelulusan penggunaan logo rasmi YSS yang diberikan dengan tanpa notis sekiranya pemohon menyalahgunakan logo rasmi YSS dan didapati menyalahi undang-undang atau dianggap bertentangan dan tidak konsisten dengan reputasi, imej dan matlamatnya.

 

2.5       YSS adalah tidak bertanggungjawab untuk menanggung apa-apa bentuk liability, isu, krisis yang terjadi kepada apa jua jenis program dan perkara-perkara lain yang berkaitan walaupun kelulusam penggunaan logo rasmi YSS telah diberikan.

 

3.0       LULUS/ TIDAK DILULUSKAN

3.1       YSS akan memberi maklum balas kepada pemohon melalui email yang telah disediakan/ melalui nombor telefon yang tertera dalam borang permohonan dalam tempoh 2/3 hari bekerja.