• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate

    The form is not published.

  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • BOARD OF DIRECTOR
      • NEWS
      • LOGO
      • ANNUAL REPORTS
    • SV INTERVIEW 2024
    • PROJECT
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • OUR IMPACT
    • YSS ALUMNI
    • BLOG
    • CAREER
    • STAFF DIRECTORY
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTORS
    • ORGANISATION CHART
    • NEWS
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT US
News

MAJLIS PEMBUKAAN MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN DI HO CHI MING CITY VIETNAM

July 10, 2022
By admin
0 Comment
341 Views

Majlis Pembukaan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) di Vietnam telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Wong Chia Chiann, Konsul Jeneral Malaysia ke Ho Chi Minh Vietnam pada 10 Julai 2022 di Pejabat Ho Chi Minh Communist Youth Union (HCYU).

70 sukarelawan siswa Malaysia telah selamat mendarat di Ho Chi Minh City (HCMC) pada 10 Julai 2022 dan telah disambut baik oleh HCYU. Semua sukarelawan telah dibawa berkumpul di Pejabat HCYU bersama dengan sukarelawan siswa Vietnam yang bakal menyertai misi untuk menghadiri Majlis Pembukaan Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN GSVC yang akan diadakan bermula 10 Julai 2022 hingga 9 Ogos 2022.

Para sukarelawan juga turut mendengar ucapan aluan daripada Mr. Ngo Minh Hai, Permanent Vice Secretary HCYU. Para hadirin juga menyaksikan simbolik penyerahan baju rasmi Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN GSVC ke Vietnam daripada Konsul Jeneral Malaysia ke Ho Chi Minh Vietnam kepada Permanent Vice Secretary HCYU. Setiap sukarelawan juga telah diberikan topi rasmi Mua He Xanh, mafla dan pin HCYU.

Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Vietnam telah ditangguhkan pada tahun 2020 dan 2021 atas faktor penularan pandemic COVID-19 kemudian diteruskan lagi pada tahun ini. Misi sukarelawan ini selari dengan pelaksanaan program kesukarelawan di Vietnam yang dikenali sebagai Mua He Xanh atau “Green Summer Volunteer Campaign” yang melibatkan 5,000 hingga 6,000 pelajar dan golongan belia di HCMC. Menariknya, pada tahun ini, Mua He Xanh diadakan selama dua bulan di seluruh daerah HCMC. Namun YSS hanya menghantar penglibatan sukarelawan hanya untuk tempoh satu bulan terakhir sahaja.

Beberapa projek utama juga telah dikenalpasti merangkumi menaiktaraf laluan jalan kampung menghubungkan ke jalan utama, menaiktaraf rumah penduduk tempatan, penanaman pokok di sekitar jalan dan kawasan paya, khidmat pendidikan dalam bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar di setiap lokasi misi, menceriakan prasarana sekolah dan kampung, menaiktaraf kawasan rekreasi, pertukaran budaya dan pelbagai lagi aktiviti bermanfaat.

Sukarelawan juga membawa peranan penting sebagai rakyat Malaysia dalam memperkukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Vietnam yang akan mencapai ulang tahun ke-50 pada tahun 2023. Aktiviti kesukarelawanan misi ini juga memfokuskan dalam mempromosikan sektor pelancongan Malaysia dan lanjutan pendidikan tinggi di Malaysia selari dengan usaha Negara dalam membangunkan dua sektor tersebut setelah terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Turut hadir YBrs. Encik Wan Ahmad Hazman, Timbalan Pengerusi ll YSS dan YBrs. Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS.

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Previous Story
70 SUKARELAWAN SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN DI VIETNAM
Next Story
Majlis Penutupan Green Summer Volunteer Campaign 2022

Related Articles

Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024

Pada 25 Oktober hingga 9 November 2024 yang lalu, Yayasan...

Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024

Yayasan Sukarelawan Siswa telah menggerakkan seramai 120 orang sukarelawan siswa...

Newsletter

Recent Post

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 Monday, 11, Nov
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024 Tuesday, 29, Oct
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI Monday, 28, Oct

Monthly Archive

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Aloft Kuala Lumpur Central Datuk Aaron Ago Dagang ekopelancongan ekosistem Festival Arena Uniti Festival Orkid Putrajaya 2023 Forum Fun Run Gutta Percha Inisiatif Pucuk Hijau Ini Warisan Kita IPTA Iqra TH Plus IVCO Kementerian Perpaduan Negara Kuala Lumpur Call to Action MADANI Magunatip Malaysia Book of Records Misi Sukarelawan Siswa paya bakau Pendidikan Perbadanan Putrajaya Rhizophora Sarawak Semarak Perpaduan Silat SPM Tabung Haji Taman Botani Putrajaya The Malaysia Book of Records Tuisyen Kami UMW Holdings Berhad Vietnam Yayasan Sukarelawan Siswa Youth Fest 2024 YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of National Unity, Malaysia

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of National Unity, Level 5, Block F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
+603 8091 8135/8197
info@sukarelawansiswa.my

News

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
  • Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Monday, 11, Nov
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
Tuesday, 29, Oct
Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Monday, 28, Oct
93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
Monday, 28, Oct
Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan
Wednesday, 16, Oct
YSS dan Technip Energies Giat Perkasa STEM dan Kemampanan Dalam Kalangan Mahasiswa
Thursday, 19, Sep
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTOR
    • NEWS
    • LOGO
    • ANNUAL REPORTS
  • SV INTERVIEW 2024
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • OUR IMPACT
  • YSS ALUMNI
  • BLOG
  • CAREER
  • STAFF DIRECTORY