Sincerely Setia, Volunteer Weekend
Majlis penutupan “Sincerely Setia, Volunteer Weekend” telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Zuraidah Atan, Pengerusi Setia Foundation pada 19 Mac 2023 di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi (Asli).
Program “Volunteer Weekend” telah dianjurkan oleh Setia Foundation dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) bermula 18 Mac 2023 hingga 19 Mac 2023.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Gotong-royong Back to School, Aktiviti Kebudayaan, Karnival Rakyat, Pertandingan Nyanyian dan Karaoke, STEM Toy Library Box, Junior Chem-e-Car, Zumba, Forum Bicara Komuniti, Slot Perkongsian Kepentingan Bidang Kejuruteraan dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik.
Fokus utama pelaksanaan program ini merupakan sebahagian usaha dalam mendekatkan sektor korporat bersama komuniti Orang Asli. Secara tidak langsung, sebagai ruang kerjaya dan pembangunan pendidikan kepada penduduk tempatan melalui jalinan kerjasama pelbagai pihak yang terlibat.
Seramai 108 sukarelawan telah menyertai program ini selama dua hari iaitu 84 merupakan sukarelawan daripada Setia Foundation, 12 sukarelawan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) KL, dan 12 sukarelawan daripada Politeknik Shah Alam.
Program Sincerely Setia, Volunteer Weekend secara tidak langsung telah memberikan manfaat kepada 300 penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Tampoi dan Kampung Kolam Air Bangkong.
Turut hadir semasa majlis penutupan ialah Puan Fauziah Omar, Ketua Unit Pembangunan Modal Insan & Kebajikan, JAKOA, Prof. Ir. Dr Norlida Buniyamin, Presiden, Institut Jurutera Malaysia, Datuk Tan Hon Lim, Executive Vice President, S P Setia Berhad, Datuk Yuslina Mohd Yunus, Jawatankuasa Pengurusan SP Setia Foundation, Dr. Wan Ahmad Hazman, Timbalan Pengerusi ll YSS, Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS, Cikgu Fadzli Mansor, Guru Besar SK Bukit Tampoi dan Tok Batin Ongin Kampung Bukit Tampoi.