Langkawi – Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) menerima sumbangan dana sebanyak RM250,000.00 daripada Koperasi Komuniti Kampung Kilim Berhad (COOPKILIM) bagi pelaksanaan Program Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Pembangunan Modal Insan Mentoring & Coaching EPP: Eko-Pelancongan.
Inisiatif itu dibuat menerusi pemeteraian memorandum perjanjian pada 7 Julai 2023 di Dewan Anjung Lestari, Kilim Geoforest Park, Langkawi antara YSS dan COOPKILIM yang turut disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara dan Yang Berbahagia Dato’ Indera Noridah Binti Abdul Rahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.
Perjanjian memorandum ini telah ditandatangani oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Nizar Hanapiah, Pengerusi COOPKILIM dan Yang Berusaha Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS.
Program Pembangunan Modal Insan Mentoring & Coaching EPP: Eko-Pelancongan akan dilaksanakan selama 18 bulan melalui 4 fasa. Antaranya;
Fasa 1: Kajian Industri & Pasaran Kepada Koperasi Mentee
Fasa 2: Bengkel-bengkel Asas & Lanjutan
Fasa 3: Sesi Mentoring & Coaching – Lawatan Pengukuhan Modul
Fasa 4: Penyediaan Laporan
Pada majlis ini juga turut hadir YBhg. Dato’ Hj. Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Dato' Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBrs. Puan Salasiah Abd Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.