Misi Pasca Banjir YSS Ke Daerah Penampang dan Sepanggar Sabah 2024
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah mengagihkan sebanyak 500 bakul makanan asas bagi meringankan beban para penduduk kampung yang terjejas akibat banjir di Daerah Penampang dan Sepanggar, Sabah.
Antara yang turut hadir dalam sesi penyampaian bakul makanan asas kepada para penduduk ialah Ybhg. Prof. Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah; Encik Runiy Maldud, Pengurus Jabatan Kolaborasi Strategik YSS; serta Encik Mohd. Raffie Hj. Janau, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah. Seramai 32 orang pelajar UMS turut serta untuk sama-sama berganding bahu bagi melancarkan proses penyampaian bantuan bakul makanan tersebut.
Peristiwa banjir yang sering melanda nasib penduduk di sekitar Daerah Penampang dan Sepanggar adalah susulan daripada hujan lebat yang beterusan yang telah menyebabkan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa kawasan penduduk.