Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Yayasan Sukarelawan Siswa telah menggerakkan seramai 120 orang sukarelawan siswa bagi menjayakan program Pembersihan Pesisir Pantai (Nationwide Annual Coastal Clean Up) yang dianjurkan hasil kerjasama antara AEON Credit Service (M) Berhad, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan pihak Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti yang terlibat.
Program tersebut dimulakan pada 19 Oktober 2024 yang lalu di dua lokasi serentak di Pantai Bersih, Pulau Pinang dan Pantai Santubong, Sarawak. Ini kemudiannya disusuli dengan pembersihan Pantai Tanjung Balau, Johor.
Melalui program ini, sebanyak 17 tan sampah berjaya dikumpulkan daripada ketiga-tiga lokasi.