Loading Events
  • This event has passed.

Projek YSS Tuition Mission Percuma Golongan Asnaf

0 Comment
421 Views

Seramai 135 orang pelajar sekolah menengah golongan Asnaf berpeluang menyertai Projek YSS Tuition Mission yang akan diadakan bermula September hingga Disember 2020. Projek ini akan dilaksanakan selama 4 bulan iaitu setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat selama 2 jam sesi tuisyen mengikut subjek yang telah ditetapkan.

 

Projek ini akan memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk mengikuti kelas tambahan sebagai langkah mengulangkaji sebelum sesi peperiksaan pada tahun ini. Seperti yang kita sedia maklum, pelaksanaan PKP telah memberi kesan kepada sesi pembelajaran kepada semua pihak. Oleh itu, YSS telah mengambil inisiatif ini dengan harapan dapat memberi peluang kepada pelajar golongan asnaf tidak ketinggalan dari segi pembelajaran dan dapat mempersiapkan diri untuk Peperiksaan PT3 dan SPM.

Details

Start:
September 1, 2020
End:
December 31, 2020
Cost:
Free

Organizer

Yayasan Sukarelawan Siswa
Phone:
0388706123
Email:
sukarelawansiswayss@gmail.com
Website:
www.sukarelawansiswa.org
Yayasan Sukarelawan Siswa