• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate
  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • WHO WE ARE
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • LOGO
    • YSS ALUMNI
    • NEWS
    • STAFF DIRECTORY
    • ANNUAL REPORTS
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • Who We Are
    • Organisation Chart
    • 10 Years Anniversary
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • IVCO
  • PROJECTS
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT
    • STAFF DIRECTORY
    • DONATION
  • DONATE NOW

    TABUNG PRIHATIN SISWA

    RM

    Thank you for the donation

    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM10.00

News

MAJLIS PENANGGUHAN PROJEK PEMERKASAAN KOMUNITI: KESEPADUAN UMMAH YSS x MAIWP

June 21, 2022
By admin
1 Comment
61 Views

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Pendidikan Tinggi 2022 yang melibatkan seluruh penduduk di PPR Intan Baiduri, Kuala Lumpur.

Karnival tersebut telah melibatkan pelbagai agensi antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), PERKESO, PTPTN, Politeknik METro KL, GIATMARA, Kejora Wellness Healthcare & SPA, Pusat Bantuan Sentul, Tadika KEMAS dan Tadika Sang Kancil. Turut diadakan adalah pameran dan taklimat kerjaya, pameran pendidikan tinggi, gerai jualan, pameran keusahawanan, aktiviti mewarna dan rewang yang melibatkan seluruh penduduk di PPR Intan Baiduri.

Sejak November 2021, YSS dan MAIWP telah menganjurkan Projek Pemerkasaan Komuniti: Kesepaduan Ummah yang mengandungi 5 program iaitu “Program Digital Learning and Dakwah”, “eUsahawan Development Programme”, “Sunnah Cooking Challenge”,”Mural Design Competition”, dan “Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Pendidikan Tinggi”.

Inisiatif ini telah membantu pelajar-pelajar B40 untuk mendapatkan akses pendidikan percuma melalui kelas tuisyen yang diajar oleh guru-guru cemerlang yang melibatkan pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3. Kelas tuisyen itu memfokuskan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Fardhu Ain. Bukan itu sahaja, pelajar juga disediakan kemudahan tablet dan internet percuma untuk meringankan beban mereka dan tidak ketinggalan atas faktor kewangan. Tablet itu juga telah dimanfaatkan dalam sesi pembelajaran harian pelajar semasa pandemic COVID-19.

YSS juga turut membantu penduduk PPR Intan Baiduri yang mempunyai perniagaan melalui program eUsahawan sebagai perkongsian ilmu dan peluang perniagaan atas talian. Bagi penduduk di PPR Intan Baiduri, perniagaan atas talian adalah sangat mencabar. Rata-rata mereka dalam kalangan berumur yang baru dengan media sosial demi kelangsungan perniagaan masing-masing. Oleh itu, literasi keusahawanan dan bimbingan secara terus, akan dapat membantu memahami dengan lebih dalam berkenaan dengan perniagaan atas talian dan seterusnya meringankan beban mereka dengan kelas usahawan percuma.

Majlis Penangguhan Projek Pemerkasaan Komuniti: Kesepaduan Ummah telah dirasmikan oleh Puan Wan Maizatun Binti Hassan, Timbalan Pengurus, Bahagian Agihan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 19 Jun 2022 di Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri.

Turut hadir Encik Wong Kin Lun (Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa), Puan Hasinah Shafiqah (Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PPR Intan Baiduri), Encik Abdul Rahman ( Timbalan Pengerusi KRT PPR Intan Baiduri) dan Insp Ahmad Zikri (Ketua Polis Balai Jinjang).

YSS berharap program ini membawa manfaat kepada seluruh PPR Intan Baiduri dari segi pendidikan, pembangunan keusahawanan, mengeratkan hubungan kemasyarakatan di PPR dan seterusnya pemerkasaan komuniti secara keseluruhan.

YAYASAN SUKARELAWAN SISWA
Kementerian Pengajian Tinggi

21 Jun 2022


Previous Story
Sesi Pemilihan Sukarelawan Siswa YSS 2022
Next Story
70 SUKARELAWAN SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-ASEAN GREEN SUMMER VOLUNTEER CAMPAIGN DI VIETNAM

Related Articles

Sincerely Setia, Volunteer Weekend

Majlis penutupan “Sincerely Setia, Volunteer Weekend” telah disempurnakan oleh YBhg....

Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara

Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), Tan Sri Dato’ Seri Dr....

Newsletter

Recent Post

  • Sincerely Setia, Volunteer Weekend Friday, 24, Mar
  • Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara Tuesday, 31, Jan
  • Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu Monday, 30, Jan

Monthly Archive

Meta

  • Site Admin
  • Log out
  • Comments feed

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of Higher Education (MOHE).

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of Higher Education, Tower 2, No.2, Level 5, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
+603 8870 6876/6123/6869
info@sukarelawansiswa.my

News

  • Sincerely Setia, Volunteer Weekend
  • Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara
  • Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu
  • Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Friday, 24, Mar
Sincerely Setia, Volunteer Weekend
Tuesday, 31, Jan
Kunjungan Hormat YSS ke atas Menteri Perpaduan Negara
Monday, 30, Jan
Misi Bantuan Banjir ke SK Kampung La, Jerteh, Terengganu
Thursday, 19, Jan
Majlis Amanat YB Menteri Perpaduan Negara
Wednesday, 9, Nov
300 PELAJAR CALON SPM SMK BADIN DAPAT MANFAAT BENGKEL SKOR A SPM & NDP YSS
Wednesday, 2, Nov
11 BUAH SEKOLAH MENDAPAT MANFAAT DARIPADA BENGKEL SKOR A SPM DAN PROGRAM PEMUPUKAN & PEMBANGUNAN PELAJAR

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • WHO WE ARE
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • LOGO
  • YSS ALUMNI
  • NEWS
  • STAFF DIRECTORY
  • ANNUAL REPORTS