MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN DI SINI
PERTANDINGAN MELUKIS MURAL
Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan kreativiti peserta melalui pertandingan melukis mural. Pertandingan ini terbuka kepada peserta yang berumur 18 tahun hingga 30 tahun yang menetap di sekitar Lembah Klang.
Program ini juga bertujuan memberikan peluang kepada golongan belia untuk design mural mengikut kreativiti mereka bagi menceriakan blok kediaman di PPR Intan Baiduri tersebut.
ANJURAN
Yayasan Sukarelawan Siswa dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
TARIKH PENYERTAAN
31 Januari hingga 21 Februari 2022
TEMA
Peserta boleh memilih satu (1) tema mural seperti berikut:
Tema 1 – #Lindungidiri#Lindungisemua
Tema 2 – Keluarga Malaysia
Tema 3 – Kempen Anti Dadah
Tema 4 – PPR Intan Baiduri
PERINCIAN SETIAP KATEGORI
- Lukisan mural adalah mengikut tema yang diberikan.
- Saiz lukisan mural yang disediakan adalah dalam saiz A3.
- Medium yang digunakan adalah secara digital tanpa mengira jenis aplikasi komputer/telefon pintar.
- Penghantaran lukisan mural adalah melalui emel atau pemacu pena (thumbdrive) pada atau sebelum jam 11.59 malam pada Tarikh 21 Februari 2022.
- Pemenang dipilih berdasarkan jumlah markah tertinggi berdasarkan skema pemarkahan.
- Pemenang akan dijemput melukiskan mural yang dipertandingkan bersama komuniti di PPR Intan Baiduri. (Tertakluk kepada perubahan)
SYARAT PENYERTAAN
- Pendaftaran penyertaan adalah melalui laman facebook Yayasan Sukarelawan Siswa atau borang yang akan disediakan di Pusat Internet Komuniti, PPR Intan Baiduri.
- Jumlah penyertaan dihadkan kepada satu (1) penyertaan sahaja sama ada individu atau berkumpulan. Jika berkumpulan hanya dihadkan kepada lima (5) orang sahaja;
- Satu peserta/kumpulan hanya boleh menghantar satu (1) lukisan mural sahaja.
- Sijil penyertaan disediakan secara digital kepada semua peserta;
- Lukisan mural perlu mematuhi tema yang ditetapkan iaitu mengikut pusingan.
- Lukisan mural tidak boleh menyentuh isu politik dan sensitiviti perkauman;
- Saiz lukisan adalah bersaiz A3 yang dihasilkan menggunakan aplikasi digital, perisian grafik menggunakan komputer/telefon pintar.
- Penyertaan perlu dimuat naik dalam bentuk fail jpeg atau pdf kepada emel yang disediakan atau menggunakan pemacu pena (thumbdrive).
- Penyertaan dengan markah tertinggi akan dipilih sebagai pemenang Hadiah tempat pertama manakala 1 penyertaan dengan markah tertinggi seterusnya akan dipilih sebagai pemenang Hadiah tempat kedua dan 6 penyertaan dengan markah tertinggi seterusnya akan dipilih sebagai pemenang Hadiah Sagu Hati.
- Urus setia berhak menolak penyertaan yang tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
- Keputusan panel juri penilai adalah muktamad.
- Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berhak menggunakan lukisan yang dihantar untuk tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media sosial dan media elektronik.
- Pihak YSS dan MAIWP berhak melakukan pindaan pada lukisan mural yang dipilih mengikut kesesuaian keadaan atau komuniti setempat dan sebagainya.
HAK MILIK DAN PENGGUNAAN
YSS dan MAIWP selaku penganjur pertandingan berhak untuk menggunakan lukisan yang dihantar dalam pertandingan ini bagi tujuan promosi, penerbitan atau paparan di media cetak, media elektronik dan media sosial tanpa sebarang notis atau pembayaran royalti kepada para peserta.
PERMOHONAN PENYERTAAN
- Peserta pertandingan dikehendaki untuk membuat pendaftaran penyertaan melalui pautan yang telah disediakan
https://forms.gle/69gS6QfaQtv6UJZT6
- Setiap penyertaan hendaklah diemelkan kepada
Emel: asyraf@sukarelawansiswa.my
- Pegawai yang boleh dihubungi;
- Encik Muhammad Asyraf
No Tel: +603 8870 6869
KRITERIA PENJURIAN
Bil | Perkara | Markah (%) |
1. | Mengikut tema | 15 |
2. | Keaslian | 15 |
3. | Kreativiti | 30 |
4. | Kekemasan | 25 |
5. | Penerangan maksud lukisan | 15 |
Jumlah | 100 |
JADUAL PERTANDINGAN
Bil | Tarikh | Perkara |
1. | 31 Januari 2022 | Hebahan Mural Design Competition |
2. | 21 Februari 2022 | Submission kepada penganjur |
HADIAH & SAGUHATI
Tempat pertama | Wang Tunai RM 1,000.00 Sijil Digital |
Tempat kedua | Wang Tunai RM 500.00 Sijil Digital |
Saguhati | Wang Tunai RM 100.00 x 6 pemenang Sijil Digital |