• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate
  • Menu Canvas
    • HOME
    • GET INVOLVED
    • DONATION
    • PROJECTS
      • MISSION
      • YSS ALUMNI
    • NEWS
      • CEO NOTES
      • EDUCATION
    • CONTACT
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • OUR ORGANISATION
    • ABOUT US
    • KAD LAPORAN 2021
  • PROJECTS
    • MISSION
    • YSS ALUMNI
  • BLOG
    • CEO NOTES
    • EDUCATION
  • CONTACT
    • DONATION
  • DONATE NOW

    TABUNG PRIHATIN SISWA

    RM

    Thank you for the donation

    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM10.00

News

Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40

November 16, 2020
By admin
0 Comment
57 Views

KUALA LUMPUR: SME Bank memulakan Program Penjana Komuniti@SME Bank, inisiatif di bawah Kementerian Kewangan yang bermatlamat merangsang kegiatan ekonomi usahawan mikro B40 yang terjejas akibat penularan COVID-19.

Projek perintis membabitkan 20 usahawan mikro B40 yang bertempat di PPR Taman Medan, Petaling Jaya dan PPR Jelatek, Kuala Lumpur.

Usahawan terbabit sedang diberikan latihan dan bimbingan untuk mengembangkan perniagaan sedia ada melalui platform dalam talian dan menggunakan media sosial secara lebih tersusun dan efektif.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Program Penjana Komuniti@SME Bank adalah selaras dengan usaha berterusan kementerian bagi memperkasakan keupayaan dan kemahiran usahawan mikro menjalankan perniagaan.

Katanya, program terbabit juga adalah satu daripada 27 program dan dasar baharu di bawah PEMACU yang diusahakan oleh MEDAC.

“PEMACU adalah satu inisiatif yang menghubungkan fungsi semua agensi di bawah MEDAC agar pemantauan dapat dilaksanakan dengan cekap, manakala kolaborasi kapasiti dan daya saing dapat dimaksimumkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi berkata, melihat kepada potensi Program Penjana Komuniti@SME Bank ini, MEDAC mengambil keputusan untuk mengembangkannya ke seluruh negara tahun depan dan meningkatkan jumlah peserta kepada 150 usahawan B40 daripada pelbagai latar belakang.

“Inisiatif ini adalah salah satu daripada usaha kerajaan memperkasa golongan B40 agar mereka dapat terus berdaya maju, terutama sewaktu krisis COVID-19 melanda,” katanya.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail, berkata, bagi memastikan objektif program ini dicapai, bank melantik Centre for Entrepreneur Development & Research Sdn Bhd (CEDAR), sebuah anak syarikat SME Bank sebagai penyedia latihan manakala Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) sebagai Pengurus Projek.

Katanya, program latihan sesi pertama bermula pada 15 September sehingga 6 Oktober lalu dan sesi latihan untuk kumpulan kedua akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

“CEDAR juga akan memantau perkembangan dan kemajuan perniagaan peserta latihan sepanjang tempoh program terbabit,” katanya.

Program latihan berbentuk ‘hands-on’ itu merangkumi pembelajaran mengenai ‘Facebook Ads’, ‘Instagram Advertising’ dan ‘Website & Google Ads’.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan dengan aplikasi YEZZA, iaitu platform perniagaan yang menggunakan aplikasi ‘WhatsApp’ untuk menjual produk, bagi memudahkan mereka menguruskan perniagaan.


Previous Story
BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN

Related Articles

BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN

Pada 13 November 2020, Yayasan Sukarelawan Siswa telah menyalurkan sumbangan...

BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT

Pada 5 November 2020, beberapa kawasan di Hulu Langat telah...

Newsletter

Recent Post

  • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40 Monday, 16, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN Friday, 13, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT Wednesday, 11, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO PART III Monday, 2, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO Monday, 2, Nov

Recent Comments

    Monthly Archive

    Meta

    • Log in
    • Comments feed

    About Us

    Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of Higher Education (MOHE).

    Address

    Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of Higher Education, Tower 2, No.2, Level 5, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
    +603 8870 6123 +603 8870 6869
    info@sukarelawansiswa.my

    News

    • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    • A NOTE FROM THE CEO PART III

    Search

    Copyright ©2020 Yayasan Sukarelawan Siswa
    SearchPostsLoginCart
    Monday, 16, Nov
    Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    Friday, 13, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    Wednesday, 11, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO PART III
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO
    Monday, 2, Nov
    A NOTED FROM THE CEO

    Welcome back,

    Yayasan Sukarelawan Siswa
    • HOME
    • GET INVOLVED
    • DONATION
    • PROJECTS
      • MISSION
      • YSS ALUMNI
    • NEWS
      • CEO NOTES
      • EDUCATION
    • CONTACT