Majlis Penyerahan Bantuan Alat Peranti & Bakul Makanan
Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dengan kerjasama Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah menghulurkan bantuan Alat Peranti & Bakul Makanan kepada 50 pelajar dan 50 keluarga di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada 8 April 2022.
YSS telah menyubangkan Lenovo Tab M8 beserta casing tablet kepada 50 pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang terdiri daripada pelajar golongan B40 di sekitar Alor Setar. Walaupun sesi persekolahan telah bermula, namun perkembangan teknologi dan norma baharu, telah menjadikan proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran tidak terhad secara fizikal sahaja namun pendidikan atas talian masih lagi diteruskan. Inisiatif ini sedikit sebanyak telah meringankan beban ibu bapa pelajar malah membantu pelajar untuk mendapatkan akses pendidikan sama rata.
Sempena bulan Ramadan, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera telah menyumbangkan Bantuan Bakul Makanan kepada 50 keluarga yang turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut. Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera juga turut berkongsi peluang dan inisiatif bantuan yang boleh didapati ibu bapa untuk pendidikan dan kerjaya anak-anak yang bersesuaian dengan golongan B40. Beliau berharap ibu bapa sentiasa mengambil peluang yang ada untuk memastikan anak-anak terus berjaya dan mendapat pendidikan serta latihan secukupnya untuk persediaan dunia kerjaya.
Turut hadir YBrs. Ts. Dr. Mohd Muzzamil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, YBrs, Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan YBrs. Encik Mohd Arif Ithnin, Pengarah Operasi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.