MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KE SARAWAK 2019

Seramai 169 sukarelawan siswa telah berjaya menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Sarawak bermula 15 Ogos hingga 3 September 2019.

Sukarelawan siswa terpilih merupakan mahasiswa dari 10 negara ASEAN termasuk China.

Yayasan Sukarelawan Siswa telah memilih 5 daerah strategik. Antaranya

  • Daerah Beluru
  • Daerah Subis
  • Daerah Bekenu
  • Daerah Mukah
  • Daerah Dalat

Sepanjangan dua minggu pelaksanaan Misi, sukarelawan siswa telah berjaya menbawa manfaat kepada 29,623 penduduk di daerah berkenaan melalui 146 projek yang telah berjaya dilaksanakan.

Projek tersebut merangkumi aspek

  • Pendidikan
  • Pembangunan Komuniti
  • Kesihatan dan Perubatan
  • Agribio dan Alam Sekitar
  • Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial
  • Pengurusan Krisis dan Bencana