Yayasan Sukarelawan Siswa

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) was launched in 2012 as an entity owned by the Government of Malaysia through the Ministry of Higher Education (MOHE). YSS is committed to growing a culture of volunteering among Malaysia’s 1.3 million students of higher learning institutions and in the ASEAN region.

YSS positions youth volunteering as a key tool in developing student volunteer leaders, aligned with the Malaysia Education Blueprint (Higher Education) 2013 – 2025 that emphasizes a balance between knowledge and skills as well as ethics and morality.

Since its inception in 2012, YSS has executed 52 high impact volunteer missions as its core programme mainly in Sabah and Sarawak of Malaysia and in several Southeast Asian countries; Indonesia, Lao PDR and Vietnam. Together with its many strategic partners, YSS also carries out community engagement projects targeting beneficiaries from the lowest household income groups in Malaysia (B40) and disadvantaged communities at large.

1631 Student Volunteers were trained since 2012 through an enabling environment that is inclusive and immersive as volunteers “eat, live and breathe with the community” through their experiential learning during the mission. As Alumni, they have lifetime access to continuous opportunities to grow as all-rounded individuals and eventually lead their communities.

 

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dilancarkan pada tahun 2012 sebagai sebuah entiti milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). YSS komited untuk membudayakan kesukarelawanan dalam kalangan 1.3 juta pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia dan rantau ASEAN.

YSS meletakkan kesukarelawanan dalam kalangan belia sebagai satu elemen utama dalam membentuk pemimpin sukarelawan selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2013 – 2025 yang menekankan keseimbangan di antara pengetahuan dan kemahiran serta etika dan moraliti.

Sejak penubuhan pada 2012, YSS telah menjayakan 52 misi kesukarelawanan berimpak tinggi sebagai program teras yang dijalankan di negeri Sabah dan Sarawak terutamanya serta negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Lao PDR dan Vietnam. YSS juga menjalankan projek-projek yang melibatkan komuniti bersama-sama rakan kerjasama strategik YSS dengan mensasarkan penerima manfaat dalam kalangan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dan lain-lain golongan yang kurang bernasib baik.

1631 Sukarelawan Siswa telah dilatih sejak 2012 melalui persekitaran yang inklusif dan imersif apabila sukarelawan “eat, live and breathe with the community” melalui pembelajaran berdasarkan pengalaman ketika menjalani misi. Sebagai Alumni, mereka mendapat akses kepada peluang yang berterusan untuk membentuk diri menjadi individu serba boleh seterusnya memimpin komuniti sekeliling.