• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate
  • Menu Canvas
    • HOME
    • GET INVOLVED
    • DONATION
    • PROJECTS
      • MISSION
    • NEWS
      • CEO NOTES
      • EDUCATION
    • CONTACT
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
    • ABOUT US
    • KAD LAPORAN 2021
  • GET INVOLVED
  • DONATION
  • PROJECTS
    • MISSION
  • NEWS
    • CEO NOTES
    • EDUCATION
  • CONTACT
  • DONATE NOW

    TABUNG PRIHATIN SISWA

    RM

    Thank you for the donation

    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM10.00

News

YSS ajak korporat, swasta bantu pendidikan anak Orang Asli

October 14, 2020
By admin
0 Comment
76 Views

BANTING: Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mengalu-alukan syarikat korporat dan sektor swasta tampil menyumbang set komputer bagi memperkasakan Projek ‘Tuition Mission’ Ke Perkampungan Orang Asli.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata ia peluang baik bagi sektor swasta membantu yayasan di bawah Kementerian Pendidikan itu yang berusaha membantu golongan kurang berkemampuan, terutama di perkampungan Orang Asli.

“Kita memang menghadapi kesukaran mendapatkan sumbangan, jadi saya menggesa syarikat atau sektor korporat tampil menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menaja komputer untuk projek kelas tambahan percuma kepada Orang Asli ini.

“Dalam era ini, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) penting dalam pendidikan, termasuk untuk masyarakat di perkampungan Orang Asli. Pendidikan hak asasi setiap insan, tidak kira siapa mereka dan YSS adalah satu saluran dalam usaha membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Keraian Projek ‘Tuition Mission’ di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, di sini hari ini.

BANTING 06 APRIL 2019. Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa, Tan Sri Lee Lam Thye (tengah) beramah mesra bersama kanak-kanak Orang Asli selepas majlis perasmian projek ‘Tuition Mission’ ke Kampung Orang Asli di Kg Orang Asli Bukit Tadom. Turut bersama Ketua Kluster, Kluster Pembangunan Professional dan Etika, INTAN, Dr. Jamaluddin Mohd. Ali (duduk tiga dari kanan).

Pada majlis berkenaan, tiga set komputer diserahkan kepada tiga perkampungan Orang Asli sekitar Lembah Klang, iaitu Kampung Orang Asli Sungai Melut di Dengkil, Kampung Orang Asli Bukit Tadom dan Kampung Orang Asli Sungai Rasau Hilir, Puchong, menerusi projek yang dilancarkan Februari lalu.

“Buat permulaan, tiga komputer sumbangan Microsoft Malaysia serta tiga unit pemprosesan pusat (CPU) hasil sumbangan warga Kementerian Pendidikan yang menderma sejak Mac lalu, diserahkan bagi projek ini.

“Sumbangan ini bagi kegunaan Orang Asli terutama murid-murid, sekali gus memudahkan mereka mengakses maklumat yang dapat membantu proses pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata, Projek YSS-DPA ‘Tuition Mission’ Ke Perkampungan Orang Asli 2019 itu akan memanfaatkan 336 anak Orang Asli berusia antara lima hingga 12 tahun di tiga kampung terbabit.

“Tuisyen ini berjalan setiap Sabtu bermula 16 Februari lalu dan dijangka berakhir bulan ini. Sehingga 30 Mac lalu, tempoh pengajaran dalam kelas tambahan percuma ini sudah mencecah 161 jam.

“Tenaga pengajar terdiri daripada Alumni YSS, mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta 300 peserta Program Diploma Pasca-siswazah Pengurusan Awam (DPA) 2019 Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang bertugas bergilir-gilir setiap minggu di ketiga-tiga kampung terbabit.

“Pembelajaran melalui kaedah ‘Fun Learning’ diterapkan kepada kanak-kanak Orang Asli. Selain itu, ada kelas pengenalan kepada teknologi maklumat dan perisian komputer serta asas pengunaan komputer untuk belia Orang Asli di perkampungan terbabit,” katanya.

Lam Thye berkata, projek ‘Tuition Mission’ bermula pada 2013 di dua kampung, Kampung Gita Lama dan Kampung Gita Baru di Kota Samarahan, Sarawak.

“Pada 2017, projek diadakan di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK), Kuala Lumpur yang menjadi antara inisiatif Kementerian Pendikan bagi meneruskan usaha akses pendidikan kepada kanak-kanak jalanan sekitar Kuala Lumpur,” katanya.


Previous Story
Majlis Penyampaian Watikah Penyertaan Projek YSS Tution Mission Percuma Asrama Darul Akhyar
Next Story
THE FUTURE OF NON-PROFITS (NPOS)

Related Articles

Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40

KUALA LUMPUR: SME Bank memulakan Program Penjana Komuniti@SME Bank, inisiatif di bawah...

BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN

Pada 13 November 2020, Yayasan Sukarelawan Siswa telah menyalurkan sumbangan...

Newsletter

Recent Post

  • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40 Monday, 16, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN Friday, 13, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT Wednesday, 11, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO PART III Monday, 2, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO Monday, 2, Nov

Recent Comments

    Monthly Archive

    Meta

    • Log in
    • Comments feed

    About Us

    Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of Higher Education (MOHE).

    Address

    Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of Higher Education, Tower 2, No.2, Level 5, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
    +603 8870 6123 +603 8870 6869
    info@sukarelawansiswa.my

    News

    • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    • A NOTE FROM THE CEO PART III

    Search

    Copyright ©2020 Yayasan Sukarelawan Siswa
    SearchPostsLoginCart
    Monday, 16, Nov
    Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    Friday, 13, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    Wednesday, 11, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO PART III
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO
    Monday, 2, Nov
    A NOTED FROM THE CEO

    Welcome back,