YSS PILLARS

Community Empowerment

This pillar focuses on all kinds of work that includes improving the condition of living among the community, not limited to the work involving upgrading communal infrastructure but also improving the quality of life of the local community emotionally and economically.

Pemerkasaan Komuniti

Teras ini memfokuskan pelbagai projek yang meliputi penambahbaikan taraf hidup komuniti, bukan sahaja kerja penambahbaikan infrastruktur komuniti tetapi juga menambahbaik kualiti hidup komuniti tempatan dari segi emosi dan juga ekonomi.

Education Enhancement & Capacity Building

This pillar emphasises on education programmes for school and university students. It also includes capacity building programs focusing on training young people to be equipped with relevant skills and aware of various happenings around the world.

Penambahbaikan Pendidikan & Pembangunan Kapasiti

Teras ini memfokuskan program pendidikan untuk murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan tinggi. Program yang dijalankan juga termasuk program pembangunan kapasiti yang berfokus untuk melatih belia dengan kemahiran yang relevan dan kesedaran mengenai isu global.

Climate Resilience & Environmental Sustainability

This pillar focuses on climate education including awareness programmes and capacity building for climate resilience and efforts towards environmental sustainability through localised actions.

Ketahanan Terhadap Impak Perubahan Iklim & Kelestarian Alam Sekitar

Teras ini memfokuskan program pendidikan mengenai iklim termasuk program kesedaran dan pembangunan kapasiti untuk menghadapi kesan perubahan iklim dan usaha ke arah kelestarian alam sekitar melalui gerakan setempat.

Health & Wellbeing

This pillar focuses on improving and sustaining the health and wellbeing of the community. It maintains liaison with NGOs and Health Department to implement disease awareness programmes including programmes encouraging healthy living.

Kesihatan dan kesejahteraan

Teras ini memfokuskan penambahbaikan tahap kesihatan serta mengekalkan kesejahteraan komuniti. Program dibawah teras ini dijalankan bergandingan bersama Kementerian Kesihatan serta NGO kesihatan untuk melaksanakan program kesedaran penyakit berjangkit serta program-program penggalakan gaya hidup sihat termasuk kesejahteraan mental.

Digital Transformation

This pillar focuses on educating communities for Science, Technology, Engineering, Arts and Mathematics (S.T.E.A.M) and also includes projects which aim to transform traditional practices to digital and developing future-ready tech savvy communities.

Transformasi Digital

Teras ini memfokuskan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.E.A.M) untuk komuniti termasuk projek yang bertujuan untuk menaiktaraf amalan tradisional kepada digital serta membentuk komuniti celik IT yang bersedia untuk masa depan.

Social Impact Mobilisation

The social impact mobilisation pillar of YSS is to encourage self-sustaining communities by empowering the local community through entrepreneurial activities. This includes rebranding or improving the status of local businesses to generate better income and capacity building among the communities for sustainability.

Mobilisasi Impak Sosial

Mobilisasi impak sosial merupakan teras YSS yang berfokuskan untuk menggalakkan komuniti yang mampu untuk menyara kehidupan sendiri melalui latihan pemerkasaan komuniti tempatan dengan aktiviti keusahawanan. Projek termasuk penjenamaan atau memperbaiki status perniagaan tempatan untuk menjana lebih pendapatan dan pembangunan kapasiti komuniti untuk kelestarian lokaliti tersebut.