• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate

    The form is not published.

  • Menu Canvas
    • HOME
    • ABOUT US
      • BOARD OF DIRECTOR
      • NEWS
      • LOGO
      • ANNUAL REPORTS
    • SV INTERVIEW 2024
    • PROJECT
      • 10 YEARS ANNIVERSARY
      • OUR IMPACT
    • YSS ALUMNI
    • BLOG
    • CAREER
    • STAFF DIRECTORY
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8091 8135
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTORS
    • ORGANISATION CHART
    • NEWS
    • YSS Logo
    • YSS Alumni
    • Sustainability Report
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • MISSION
  • BLOG
    • VIDEO
  • CAREER
  • CONTACT US
News

188 Sukarelawan Siswa Sokong Usaha Pemuliharaan Ekosistem Perak di Majlis Pelancaran Program Biodiversiti AEON Credit

May 13, 2024
By admin
0 Comment
24 Views

AEON Credit Service (M) Berhad telah menjemput Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke Majlis Pelancaran Program Pemuliharaan Biodiversiti AEON Credit (AEON Credit Biodiversity Afforestation Project) yang berlangsung pada 11 Mei 2024 di Taman Alam Kinta, Perak. Seramai 188 orang sukarelawan siswa daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh turut dihantar oleh pihak YSS untuk bersama-sama menyertai sesi pelancaran tersebut.

Perasmian program pemuliharaan hasil kerjasama erat antara AEON Credit, Perbadanan Taman Negeri Perak dan FRIM Incorporated Sdn Bhd ini disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad ditemani oleh Yang Berhormat Dato’ Mohd Zaki Mahyudin, Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Perak. Turut hadir ialah ratusan sukarelawan yang terdiri daripada warga kerja Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kerajaan Negeri Perak serta AEON Credit Service (M) Berhad.

Hasil daripada pelancaran program tersebut, sebanyak 2,000 anak pokok daripada spesis ‘Senarai Merah’ telah berjaya ditanam dalam fasa pertama pelaksanaan Pelan Hala Tuju Kelestarian yang dirangka oleh pihak AEON Credit serta rakan kongsi strategik.  Program yang menyasarkan penanaman semula 10,000 pokok hutan spesis terancam pada September 2024 ini juga melibatkan keluasan kawasan taman sekitar 20 hektar di Taman Alam Kinta, Perak dan dijangka mampu memberi lonjakan yang signifikan terhadap tahap penyerapan karbon dioksida buat tempoh 20 tahun yang akan datang.

Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh pihak AEON Credit, proses penanaman semula pokok daripada spesis terancam ini bakal melalui proses pemantauan yang rapi sebelum diambil alih oleh Kerajaan Negeri Perak yang berhasrat untuk menjadikan Negeri Perak sebagai salah satu tarikan eko-pelancongan. Antara spesis yang ditanam termasuklah anak pokok mengkulang, balau pasir, merawan siput Jantan dan meranti rambai daun.

Selain daripada spesis tumbuhan terancam, Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN) yang bertindak sebagai badan penyelia bagi memantau kemaslahatan sumber alam serta usaha pemuliharaan alam sekitar di peringkat global turut mewartakan lebih 16,000 spesis hidupan daripada keluarga kulat, alga, haiwan dan tumbuhan yang terancam dan berisiko pupus di seantero dunia, justeru menggesa setiap individu tanpa mengira latar belakang dan pihak berwajib agar memainkan peranan dalam membaikpulih kelestarian ekosistem melalui pelbagai inisiatif.   

Share this:

  • Twitter
  • Facebook

Previous Story
Suntikan Dana KPN Dalam Mesyuarat Agung Tahunan YSS Kali Ke-12 Sasar Pelaksanaan Aktiviti Perpaduan Intensif
Next Story
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024

Related Articles

Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024

Pada 25 Oktober hingga 9 November 2024 yang lalu, Yayasan...

Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024

Yayasan Sukarelawan Siswa telah menggerakkan seramai 120 orang sukarelawan siswa...

Newsletter

Recent Post

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024 Monday, 11, Nov
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024 Tuesday, 29, Oct
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI Monday, 28, Oct

Monthly Archive

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Tags

#backtoschool #SukarelawanSiswa #YayasanSukarelawanSiswa #YSS Aloft Kuala Lumpur Central Datuk Aaron Ago Dagang ekopelancongan ekosistem Festival Arena Uniti Festival Orkid Putrajaya 2023 Forum Fun Run Gutta Percha Inisiatif Pucuk Hijau Ini Warisan Kita IPTA Iqra TH Plus IVCO Kementerian Perpaduan Negara Kuala Lumpur Call to Action MADANI Magunatip Malaysia Book of Records Misi Sukarelawan Siswa paya bakau Pendidikan Perbadanan Putrajaya Rhizophora Sarawak Semarak Perpaduan Silat SPM Tabung Haji Taman Botani Putrajaya The Malaysia Book of Records Tuisyen Kami UMW Holdings Berhad Vietnam Yayasan Sukarelawan Siswa Youth Fest 2024 YSS

About Us

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of National Unity, Malaysia

Address

Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of National Unity, Level 5, Block F9, Parcel F, Lebuh Perdana Timur, Precinct 1, 62000, Putrajaya, Malaysia
+603 8091 8135/8197
info@sukarelawansiswa.my

News

  • Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
  • Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
  • 93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
  • Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan

Search

Copyright ©2021 Yayasan Sukarelawan Siswa
SearchPostsLoginCart
Monday, 11, Nov
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2024
Tuesday, 29, Oct
Program Pembersihan Pesisir Pantai YSS-AEON Credit 2024
Monday, 28, Oct
93 Sukarelawan Santuni Penduduk Kampung Belimbing Dalam Program Gotong-Royong Perdana dan Bekwoh Kampung Angkat MADANI
Monday, 28, Oct
Persidangan Sukarelawan Dunia IAVE Ke-27 di Busan
Wednesday, 16, Oct
YSS dan Technip Energies Giat Perkasa STEM dan Kemampanan Dalam Kalangan Mahasiswa
Thursday, 19, Sep
Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sabah 2024

Welcome back,

Yayasan Sukarelawan Siswa
  • HOME
  • ABOUT US
    • BOARD OF DIRECTOR
    • NEWS
    • LOGO
    • ANNUAL REPORTS
  • SV INTERVIEW 2024
  • PROJECT
    • 10 YEARS ANNIVERSARY
    • OUR IMPACT
  • YSS ALUMNI
  • BLOG
  • CAREER
  • STAFF DIRECTORY