• info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Donate
  • Menu Canvas
    • HOME
    • GET INVOLVED
    • DONATION
    • PROJECTS
      • MISSION
    • NEWS
      • CEO NOTES
      • EDUCATION
    • CONTACT
  • info@sukarelawansiswa.my
  • 603 8870 6123
  • ABOUT US
Yayasan Sukarelawan Siswa
  • Facebook
  • In
  • Twiter
  • HOME
    • ABOUT US
    • KAD LAPORAN 2021
  • GET INVOLVED
  • DONATION
  • PROJECTS
    • MISSION
  • NEWS
    • CEO NOTES
    • EDUCATION
  • CONTACT
  • DONATE NOW

    TABUNG PRIHATIN SISWA

    RM

    Thank you for the donation

    Select Payment Method
    Personal Info

    Donation Total: RM10.00

News

62 mahasiswa sertai program sukarelawan di Ho Chi Minh

July 7, 2019
By admin
0 Comment
37 Views

KUALA LUMPUR: Seramai 62 mahasiswa dari pelbagai institusi pendidikan tinggi Malaysia menyertai program ‘Green Summer Volunteer Campaign’ atau ‘Mua He Xanh’ 2019 di Vietnam.

Peserta yang juga ahli Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) akan menyertai 50,000 sukarelawan untuk menjalankan projek kebajikan selama sebulan di negara itu.

Pengerusi YSS, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata peserta akan melaksanakan khidmat masyarakat kampung di kawasan Tan Kien Commune (daerah Binh Chanh), Thai My Commune (daerah Cu Chi), Hiep Phuoc Commune (daerah Nha Be) dan Tan Thoi Hiep Ward (daerah 12).

“Sukarelawan YSS daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kepakaran yang akan menyumbang tenaga dan kemahiran bagi menjayakan projek dan aktiviti yang akan membantu penduduk tempatan.

“Aktiviti ini bersesuaian dengan konsep kebersamaan yang diterapkan YSS dan ia memberi penekanan kepada setiap sukarelawan untuk melaksanakan tugas dengan lebih berkesan berdasarkan pengetahuan dan kemahiran mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut serta dalam misi berkenaan ialah Ahli Lembaga Pengarah YSS, Wan Ahmad Hazman Wan Daud; Ketua Pegawai Eksekutif YSS, Muhammad Aiman Mohd Zain dan Konsul Pendidikan Malaysia ke Vietnam, Chong Wai Kit.

Lam Thye berkata, sukarelawan Vietnam terdiri daripada mahasiswa 58 universiti di bandar Ho Chi Minh.

“YSS mahu melihat lebih ramai mahasiswa seluruh Malaysia membabitkan diri dalam aktiviti sukarelawan termasuk di luar negara.

“Selain memerah keringat untuk membantu mereka yang memerlukan, mereka juga boleh menghayati dan mendalami budaya dan cara hidup masyarakat setempat,” katanya.


Previous Story
62 sukarelawan YSS berkampung di Vietnam
Next Story
Postgrad student gets National Youth Award

Related Articles

Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40

KUALA LUMPUR: SME Bank memulakan Program Penjana Komuniti@SME Bank, inisiatif di bawah...

BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN

Pada 13 November 2020, Yayasan Sukarelawan Siswa telah menyalurkan sumbangan...

Newsletter

Recent Post

  • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40 Monday, 16, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN Friday, 13, Nov
  • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT Wednesday, 11, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO PART III Monday, 2, Nov
  • A NOTE FROM THE CEO Monday, 2, Nov

Recent Comments

    Monthly Archive

    Meta

    • Log in
    • Comments feed

    About Us

    Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) / Student Volunteers Foundation was launched in 2012 as a wholly owned entity of the Ministry of Higher Education (MOHE).

    Address

    Yayasan Sukarelawan Siswa, Ministry of Higher Education, Tower 2, No.2, Level 5, Jalan P5/6, Precinct 5, 62200 Federal Territory of Putrajaya, Malaysia
    +603 8870 6123 +603 8870 6869
    info@sukarelawansiswa.my

    News

    • Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    • BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    • A NOTE FROM THE CEO PART III

    Search

    Copyright ©2020 Yayasan Sukarelawan Siswa
    SearchPostsLoginCart
    Monday, 16, Nov
    Penjana Komuniti@SME Bank bantu usahawan B40
    Friday, 13, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
    Wednesday, 11, Nov
    BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI HULU LANGAT
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO PART III
    Monday, 2, Nov
    A NOTE FROM THE CEO
    Monday, 2, Nov
    A NOTED FROM THE CEO

    Welcome back,