MISI SUKARELAWAN SISWA YSS-KKN KE INDONESIA 2018

Seramai 242 sukarelawan siswa telah berjaya menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN ke Kabupaten Belitung Timur, Bangka Belitung, Indonesia bermula 18 Februari hingga 6 Mac 2018.

Sukarelawan siswa terlibat terdiri daripada 42 sukarelawan Malaysia bersama 200 sukarelawan Indonesia.

Yayasan Sukarelawan Siswa telah memilih dua lokasi strategik dalam melaksanakan Misi ke Indonesia. Antaranya

  • Desa Baru, Kecamatan Manggar
  • Desa Senyubuk, Kecamatan Kelapa Kampit

Selamat dua minggu melaksanakan misi, sukarelawan siswa telah berjaya melaksanakan 45 projek yang merangkumi aspek

  • Pendidikan
  • Pembangunan Komuniti
  • Kesihatan dan Perubatan
  • Agribio dan Alam Sekitar
  • Teknologi Maklumat dan Keusahwanan Sosial
  • Pengurusan Krisis dan Bencana

Misi Sukarelawan Siswa tersebut telah mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan di Indonesia dan disambut baik oleh masyarakat di lokasi pelaksanaan Misi.