BANTUAN BANJIR UNTUK 50 KELUARGA DI SEREMBAN
Pada 13 November 2020, Yayasan Sukarelawan Siswa telah menyalurkan sumbangan untuk 50 buah keluarga yang berada di Kampung Batu 3, Seremban. Bantuan ini bagi meringankan sedikit sebanyak beban keluarga mangsa yang terjejas kerana banjir.
Walaupun kawasan tersebut tinggi, namun kerana hujan lebat yang melanda kawasan tersebut, hanya dalam beberapa jam telah membanjiri kawasan rumah penduduk di kampung tersebut.
“Bangun pagi terus nampak air dah masuk rumah, hanya sempat alihkan barang penting sahaja. Kenderaan juga banyak yang rosak kerana masuk air”, sedikit perkongsian daripada ahli keluarga penerima sumbangan.
Melihat kepada situasi pandemik di Malaysia, dan juga pelaksanaan PKPB dan PKPD, telah menjejaskan sumber pendapatan beberapa keluarga penerima sumbangan. Syukur dengan sumbangan yang disalurkan, Yayasan Sukarelawan Siswa telah menyumbangkan keperluan asas dan harian dalam meringakan beban mereka.