MISI BANTUAN BANJIR YSS KE JOHOR

Pada 25 September 2022 telah berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di negeri Johor.

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bersama YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi dan YAB Datuk Onn Hafiz Bin Dato’ Ghazi, Menteri Besar Johor telah menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Seberai, Batu Pahat.

PPS SK Seberai telah dibuka pada pukul 12.00 tengah hari bagi menempatkan penduduk Kampung Bintang Peserai yang terjejas dengan banjir.

Selesai di PPS, YSS telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan berupa pek makanan asas kepada 20 buah rumah di sekitar Kampung Bintang, Parit Sulong yang juga turut terjejas dengan banjir. Sesi agihan barang sumbangan juga turut dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Parit Sulong.

Antara barang yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung gandum, gula, garam, sardin, susu, maggi mee, teh Lipton, berus & ubat gigi, dan tuala mandi.