YSS-MoES Joint Students Volunteer Mission to Luang Prabang, Lao PDR 2018

Seramai 104 sukarelawan siswa yang terdiri daripada 50 sukarelawan siswa Malaysia dan 54 sukarelawan siswa Laos telah menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-MoES ke Luang Prabang, Lao PDR.

Misi tersebut telah diadakan selama dua minggu bermula 18 April hingga 9 Mei 2018.

Sukarelawan siswa YSS telah ditempatkan di empat lokasi strategik. Antaranya ialah;

  • Ban Had Ya
  • Ban Pak Xeuang
  • Ban Xieng Lom
  • Ban Muang Khay

Selama dua minggu berada di lokasi, sukarelawan siswa YSS akan melaksanakan aktiviti dan projek berdasarkan enam(6) kluster Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS). Antaranya;

  • Pendidikan
  • Pembangunan Komuniti
  • Kesihatan dan Perubatan
  • Agribio dan Alam Sekitar
  • Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial
  • Pengurusan Krisis dan Bencana