YSS-ASEAN Students Volunteer Mission (Green Summer Volunteer Campaign) Vietnam 2018

Seramai 53 sukarelawan siswa Malaysia telah terpilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN (Green Summer Volunteer Campaign) ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Para sukarelawan telah berkampung di Vietnam selama sebulan bermula 11 Julai hingga 15 Ogos 2018. Misi ini turut disertai 58 sukarelawan siswa Vietnam dalam membantu siswa Malaysia menjalani aktiviti kesukarelawanan di negara tersebut.

YSS telah memilih 4 lokasi strategik iaitu

  • Thai My Commune, Cu Chi District
  • An Phu Dong Ward. District 12
  • Hiep Phuoc Commune, Nha Be District
  • Tan Quy Tay Commune, Binh Chanh District

Misi tersebut telah memberi pengalaman yang sangat berharga kepada sukarelawan siswa YSS di mana mereka memperlajari pelbagai ilmu dari segi pembinaan, menaiktaraf jalan raya, berkongsi ilmu dan bertukar pandangan dan pelbagai lagi dalam usaha membentuk sukarelawan siswa yang produktif selari dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.