THE FUTURE OF NON-PROFITS (NPOS)
NPOs, NGOs atau digelar ‘Third Force’ di Malaysia adalah salah satu platform yang saban tahun makin bertambah. Bak cendawan tumbuh selepas hujan dan pelbagai model dan keadah kewujudan sesuatu NGO.
Ada yang berdaftar under ROS, SSM, BHEUU JPM dan banyak juga tidak berdaftar tapi menjalankan kerja-kerja amal atas nama sendiri. Setiap kaedah ada kebaikan tersendiri dan dinamika untuk sesuatu NGO tersebut bergerak.
Kesan PKP dan COVID-19 amat dirasai oleh NGO di Malaysia, rata-rata kutipan menurun dengan mendadak apabila kaedah yang digunakan untuk mendapatkan sumbangan secara ‘offline’ tidak dapat dijalankan sama sekali.
Jika sesebuah NGO itu fokus kepada isu kemanusiaan diluar negara maka sumbangan terpaksa difokuskan kepada bantuan dalam negara kerana isu ini sedang panas dan terpaksa readjust kepada supply and demand.
Pengalaman memasuki 10 tahun terlibat secara langsung secara operasi dalam dunia NGO buat diri ini terpanggil untuk menulis beberapa saranan dan pandangan kecil saya agar ada ‘shift’ dalam kerja-kerja NGO di negara tercinta ini.
Saya rangkumkan dalam tajuk ‘The Future of NPOs’ adalah untuk kita melihat masa depan dan keluar dari zon selesa agar tidak ‘terkejut’ dengan penangan covid-19 dan lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan.
1) Leadershift in the NPOs / NGOs
Perubahan dari segi gaya kepimpinan NGO agar ‘suit with the trend’. Ideanya bukan tukar kepimpinan tetapi ubah gaya kepimpinan.
Leadershift: Ability and Willingness to Make a Leadership Change that will Positively Enhance Organizational & Personal Growth.
Dunia kini bergerak dalam era digital yang pantas dan sangat laju. Jika kita masih berpegang dengan sesuatu ‘ilmu marketing’ yang berusia 20 tahun lalu maka kita akan jauh ketinggalan.
Jadi pemimpin NGO kena ADAPT dengan dunia semasa dan facilitate perubahan didalam organisasi. Cara terbaik adalah ‘Hire’ Top Talent di kalangan generasi muda untuk berada Bersama.
Sy ada menziarahi sebuah NGO di Indonesia Mac lepas dan alangkah terkejut saya, walau kepimpinan NGO tersebut rata-rata berumur 40 tahun ke atas tetapi approach dan suasan pejabat ‘suit’ dengan kehendak generasi muda. Minimalist, tidak ada banyak bilik-bilik pejabat untuk boss dan 70% pekerja dibawah umur 30 tahun.
Dan percayalah, produktiviti NGO meningkat bila ‘shift’ ini berlaku!
.
“You Cannot be the SAME, Think the SAME, and ACT the same if you hope to be successful in a world that does not remain the SAME!”
Bacaan lanjut tentang Leadershift boleh baca buku tulisan John C. Maxwell bertajuk LEADERSHIFT.
2) New Digital Opportunitie
NGO perlu adapt dengan dunia era digital pada hari ini. Lihat kepada nature kebanyakkan NGO, 2 segmen utama adalah Donors (Penyumbang) & Beneficiaries (Penerima Manfaat).
Era kini sepatutnya semua data ini telah di ‘convert’ didalam bentuk Database System. Jika org bisnes ada CRM/CMS, NPOs patut ada DMS (Donor Management System). Satu sistem yg simpan data penyumbang dan automated dalam berkomunikasi dengan penyumbang. Orang kata Data is Power, and Data is Money.
Data yang baik boleh ‘convert’ kepada duit atau sumbangan. Kerana penyumbang ini akan terus menyumbang jika kita berkomunikasi dengan baik dan tepat.
Selain Data aspek memudahkan sumbangan diterima dan disalurkan juga penting. Anda tak perlu ada 10 bank akaun atau 10 ewallet tapi fahami dan tahu bahawa melalui saluran mana yg efektif donor anda prefer. Jadilah NGO yang data driven bukan ‘Terkejut-Driven’. Nampak NGO sebelah buat Boost anda pun nak buat Boost.
.
Dulu selalu kena marah dengan bapak sendiri, No Data, No Talk! (Dr Mohd Zin Kandar, 2018
3) NGO = Volunteerism?
Ini salah satu niche yang sering kali kita terlepas pandang. Bukan semua NGO fokus untuk lahirkan sukarelawan/aktivis masyarakat kerana proses pembinaan seorang sukarelawan bukan dengan 1-2 program yang disertai setengah hari.
Jika NGO kita, beneficiaries maka tugas kita adalah bagaimana sumbangan kita memberikan impak kepada penerima manfaat. Contoh adakah sumbangan kita Touch n Go atau Touch n Grow?
Di Malaysia kurang Volunteers Organization tidak seperti di Eropah, US etc. atau terma yang digunapakai IVOs (International Volunteer Organizations), fokus adalah membangunkan sukarelawan secara sistematik melalui projek-projek sukarelawan. Sejak di YSS banyak aspek ini sy belajar dan anda boleh ke website FORUM, UNVolunteer untuk lihat aspek ini.
Basically, model ini adalah lahirkan Volunteer Leaders yang akan menggerakkan NPOs dan Projek-Projek on-ground.
Saya share 3 dulu point ini untuk kita sama-sama fikirkan dan kalau ada komen boleh komen dibawah, atau ada bacaan lanjut yang menarik.
Satu usaha yg saya kagum adalah usaha sahabat saya, Khalid Al-Walid dari Philandure untuk membantu NPOs dari aspek latihan pelbagai aspek agar boleh ‘keep up’ dengan global players.
Next point adalah tentang Growth Mindset.
Muhammad Aiman Mohd Zin
Ketua Pegawai Eksekkutif
Yayasan Sukarelawan Siswa